Sunday, March 8, 2009

UNIT POLIS SIMPANAN (FRU) BERPESTA!

Peristiwa Himpunan 100 Ribu bantahan PPSMI yang berlangsung semalam, Sabtu,7hb.March perlu diukirkan dalam lipatan sejarah negara kita yang kita sayangi ini. Tarikh tersebut adalah merupakan keramat iaitu setahun selepas piliharaya umum ke 12 di mana kita melihat bertapa kejamnya pihak pemerintah yang memerintahkan pihak polis melepaskan berpuluh-puluh das tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia terhadap rakyat yang keluar membantah PPSMI setelah suara rakyat di parlimen hanya sekadar di dengar oleh "badak-badak yang pekak!"

Agak malang bagi kita dan terutama generasi akan datang kerana pemimpin sekarang gagal mempertabatkan bahasa ibunda yang Allah s.w.t. anugerahkan. Pasukan Unit Simpanan polis seolah-olah berpesta dengan tembakkan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Tiada langsung di lihat dari riak wajah mereka perasaan berdukacita kerana terpaksa melakukannya malahan apa yang digambarkan dari wajah mereka ialah kepuasan dan rasa gembira kerana dapat mengekang perarakan beribu-ribu rakyat. Dimanakah letaknya hati mereka? Tidak ada langsungkah sehingga di perkarangan rumah Allah s.w.t (Masjid Negara) pun mereka sanggup melepaskan pancutan air kimia.

















Gambar ihsan www.tvantara.com


Pengalaman ini akan turut terabadi di dalam diri sasterawan negara Dato' Hj. A, Samad Said yang sama-sama dengan rakyat bangun untuk mempertabatkan bahasa ibunda, bahasa melayu.



Apakah yang akan berlaku seterusnya? Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dah rosakkan Kesultanan, kemudian Agama dan kini ia merosakkan Bahasa pula.Dalam erti kata lain apa lagi yang boleh di harapkan dari mereka?

No comments: