Saturday, April 18, 2009

ADAB & ATURCARA DALAM IBADAH

Apakah Perkara Yang Wajib Dilakukan Oleh Manusia Dalam Kehidupan Mereka Di Dunia?

Orang-orang yang berakal akan memanafaatkan kehidupan ini dengan peluang yang begitu banyak diberikan oleh ALLAH s.w.t. Peluang-peluang ini adalah peluang yang sangat berharga dan tidak ternilai. Manusia akan berebut-rebut sebarang peluang yang di hampar di muka dunia ini. Sebagai contoh; manusia akan berbuat apa saja sekiranya diberikan peluang perniagaan yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Begitu juga dengan peluang memiliki kekuasaan. Dalam merebut peluang di dunia ini, manusia kadangkala terpaksa tindas menindas, zalim menzalimi dan ada sampai ke tahap yang ektrem iaitu membunuh!

Apakah peluang yang orang berakal akan menafaatkan itu?

Pertama: Peluang untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan.Dalam kata lain, peluang untuk menyatakan yang hak dan menyampaikan apa yang bathil yang dilarang dan di tegah oleh Allah s.w.t. Menyampaikan apa yang Allah s.w.t. sampaikan melalui Al Quran dan NabiNya s.a.w. Peluang menyampaikan perkara-perkara pokok ini adalah merupakan perkara yang wajib kerana peluang tersebut di akhir zaman ini telah banyak di sekat. Ada peluang untuk membela atau mempertahankan hak Allah s.w.t. tapi manusia tidak melakukannya malah melawan secara langsung
atau tidak langsung. Apabila ini berlaku maka terjadilah gejala maksiat kerana punca maksiat adalah kerana manusia gagal untuk mengenal dan apatah lagi mencintai Allah s.w.t. Empat maksiat besar yang dilakukan oleh manusia terhadap penciptanya ialah Syirik kepada Allah s.w.t.,Hawa Nafsu yang tidak terkawal,Kezaliman sesama manusia dan Syahwat seperti zina, hiburan yang melampaui batas dsbnya.

Kedua: Peluang untuk bermuhasabah diri. Sebagai contoh yang paling asas ialah Solat. Setelah beberapa tahun kita solat, adakah kita semak akan kualiti solat kita dan mempertingkatkannya? Adakah solat tadi memberi kesan akan tingkah laku kita atau kita masih melakukan perkara-perkara maksiat? Hal ini perlu kita sama-sama renungkan.

Ketiga:Peluang menziarahi dan pesan memesan sesama manusia. Akhir zaman ini manusia semakin hari semakin bersifat individualistik dan melepaskan pucuk masing-masing. Perkara-perkara haram dan halal bercampur baur.Sesungguhnya tiada keberkatan apbila kita mencampurkan perkara haran dalam kehidupan ini.

Keempat:Peluang menjauhkan perkara yang lazat secara berkala semata-mata untuk meningkatkan darjat serta ketakaruban kita di sisi Allah s.w.t.

Maka marilah kita sama-sama merenung akan peluang-peluang yang ada tersebut dan mengingati diri kita samada kita mengambil manfaat darinya.

Petikan kuliyah subuh Us.Ismail Abas.@11 April,2009

Monday, April 13, 2009

Azilah & Sirul Kambing Hitam Siapa?

1. Walaupun saya tak pernah mengenali Azilah & Sirul apatah lagi wanita cantik Mongolia, Altantuya, tetapi hati saya terasa “something” apabila membaca berita tersebut. Digantung sampai mati mandatori di tempat yang akan ditentukan dengan menggunakan tali gantung.

2. Di zaman kini, tiada lagi mayat yang terjelir lidahnya lantaran tali gantung terlalu pendek. Tiada lagi mayat yang terputus kepalanya lantaran tali gantung terlalu panjang. Dengan ilmu moden yang dianugerahkan Allah SWT, pesalah hukuman gantung akan ditimbang berat badannya, lalu tali gantung akan disesuaikan panjang, pendeknya, maka pesalah akan mati dengan “lebih sempurna” iaitu patah tengkuknya dan mati serta-merta.

3. Azilah & Sirul mempunyai peluang untuk merayu dua kali lagi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (terakhir). Saya berpendapat mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang di peringkat rayuan di atas beberapa kelemahan yang berlaku di peringkat mahkamah tinggi.

4. Mereka berdua didapati bersalah dengan keterangan tidak langsung (indirect evidence), keterangan mengikut keadaan (circumstancial evidence). Tiada keterangan langsung dalam perbicaraan tersebut. Di dalam Undang-undang Al-Quran & Al-Sunnah, secara spesifiknya Qisas, mensyaratkan dua saksi lelaki yang adil, jika tiada maka mereka hendaklah dibicarakan mengikut undang-undang ta’zir yang tidak membolehkan mereka dihukum mati.

5. Saya teringat kisah popular Khalifah Ali & baju besinya. Khalifah Ali kehilangan baju perangnya yang diperbuat daripada besi. Kemudian didapati baju perisainya itu berada pada tangan seorang Yahudi. Aduan dibuat kepada Hakim Syuriah. Ali berkata, “Baju besi yang ada pada orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu.” Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; “Bagaimana, Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?”

6. Jawab orang Yahudi itu; “Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku.” Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; “Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan Amirul Mukminin?”

Jawab Ali; “Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri.”

7. Hakim Syuriah berkata; “Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku..” Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; “Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut.”

8. Seperti yang kita tahu, Yahudi itu kemudiannya memeluk Islam kerana kagum dengan keadilan undang-undang Islam. Mungkin kita disebabkan geram, kerana Altantuya dibunuh kejam, akan mengatakan “biar kena gantung, padan muka”. Tetapi Islam tidak mengajar kita sedemikian rupa. Bukti mestilah kukuh. Di dalam undang-undang buatan manusia, ia mestilah beyond reasonable doubt, manakala dalam undang-undang Islam, ia mestilah pada tahap “yakin” iaitu 100%.

9. Lihatlah hadith Aisyah r.a. sebagaimana yang dikeluarkan oleh Al-Termizi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain yang bermaksud, “Hindarkan hukum hudud Allah daripada orang-orang Islam setakat kemampuan kamu. Dan jika kamu menemui jalan keluar bagi orang Islam, maka bukakanlah jalannya. Sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam pengampunan (membebaskan pesalah) ada lebih baik daripada tersilap dalam menjatuhkan hukuman (terhadap orang yang tidak bersalah). (Al-Asybah wa Al-Naza’ir, Al-Suyuti, Dar Ihya’ Al-Kutubi Al-‘Arabiyyah, 136). Moga kita diberi petunjuk oleh Allah bagaimana keadilan sebenar.

Petikan dari: Ahmad JailaniAbdul Ghani
http://www.ustjai.wordpress.com/

Sunday, April 5, 2009

Satu Penghinaan Kepada Tun Abdullah!


Gambar dari Pinkturtle

Kini Malaysia akan memasuki satu lagi era pemerintahan yang akan dihasilkan oleh satu pakatan Mentor-Mentee yang hasilnya akan sama-sama kita hadapi sedikit masa lagi! Kemasukan semula Tun Mahathir ke UMNO selepas pelepasan jawatan oleh Tun Abdullah adalah satu tempelakkan yang benar-benar menghina Tun Pak Lah! Ini memperlihatkan sikap buruk yang ada pada pemimpin UMNO.

Senyum lebar mereka! Kini anak didik Tun Mahathir berada ditampuk pemerintahan. Malaysia yang berpegang kepada perlembagaan sekular yang digaris oleh pihak penjajah memang sajak atau layak di terajui oleh pemimpin sebegini yang sanggup melakukan apa jua walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Malaysia akan terus hanyut dengan dasar-dasar sekularnya.

Generasi Melayu masakini yang sepatutnya memikul amanah untuk mempertabatkan agama Islam yang suci dan syumul perlu berwaspada kerana sekiranya gagal untuk memikul amanah tersebut maka generasi akan datang akan menerima akibat yang amat buruk! Apa yang paling buruk ialah Allah s.w.t. menarik semula amanah yang di berikan dan di ganti dengan kaum lain untuk memerintah dan memegamg amanah...

Friday, April 3, 2009

BIAR PUN BERDUYUN@ VVIP MASUK UMNO

Biar seluruh VVIP di Malaysia ini masuk UMNO, itu hak mereka. Jangan nak cemuh, jangan nak teriak, jangan nak rasa gundah! Biarkan mereka dengan hasrat mereka. Apa yang PENTING ialah bagaimana kita? Sudah mantapkah iman kita? Sudah mantapkah amal kita? Sudah mantapkah pegangan kita dlam Islam? Sudah kenalkah kita siapa Allah s.w.t dengan yang sebenar-benarnya? Sudah kenalkah kita akan junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.?

Persiapkan diri kita. Jihad besar melawan hawa nafsu. Tingkatkan integriti kita sebagai seorang Muslim. Doa kepada Ya Rabbi agar di berikan petunjuk dan di berikan hidayah serta perlindungan dari orang-orang yang zalim. Zalim kepada masyarakat dan zalim pada diri mereka. Janganlah kita terjebak dalam kemaksiatan mereka terhadap Allah s.w.t.

Allah s.w.t maha Agong! Lebih Agong daripada DYMM Sri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Kenapa harus keluh kesah?