Saturday, January 29, 2011

DAP Dah Faham Islam, MCA Masih Kabur Dan Terus Kabur!

"Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama." Inilah petikan dari harakahdaily.net tulisan Ahmad Tajdid.

Ini bermakna UMNO sama sekali GAGAL memberi kefahaman Islam kepada MCA dan orang-orang Cina serta India (MIC). Tapi ini tak dapat nak kata apa-apa kerana UMNO itu sendiri memang parti Melayu yang berteraskan Melayu dan Islam hanya tempelan. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja UMNO cuba nak dahulukan Islam dari Melayu atau ketuanan Melayu dalam slogan yang hanya tinggal slogan. Islam yang yang ditempek pada UMNO itu dipertahankan seolah-olah Islam tu hak Melayu. Bagaimana boleh kalau pemimpin-pemimpinnya sendiri malah Ketua atau Presidennya sendiri tidak mengamalkan hukum Islam yang telah digariskan oleh Allah swt.



Rakyat terutama masyarakat Melayu kini memerlukan pemimpin yang boleh membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat bukan dunia semata-mata. Masyarakat Melayu sejak sedekad yang lalu telah dibuai oleh lunakan pemimpin Melayu dengan memberi keutamaan dalam membangunkan negara secara fizikal dan mencari longgokan harta dengan loba sekali. Jiwa masyarakat Melayu sedikit demi sedikit kekosongan kerana sibuk dengan pencarian harta dunia yang kadang-kadang melampaui batasan syarak!

Kini ombak baru melanda negara...puluhan ribu anak-anak muda yang berarak semasa penamaan calon PAS di PRK Dun Tenang boleh dianggap satu indikator bahawa anak-anak muda yang kini telah mula bebas pemikiran akan membawa arus dan ombak serta lanskap politik yang baru! Kaum Cina yang dahulunya menutup pintu apabila melihat orang PAS lalu dihadapan rumah mereka kini keluar sambil melonjak-lonjak keriangan dan melaungkan sokongan mereka.

Awas pemimpin yang zalim, perubahan akan tetap berlaku. Kalau Zainal Abidin di Tunisia gugur dan kini arus kebangkitan menentang Hosni Mubarak di Mesir telah bermula maka tiada mustahilnya sebarang kemungkinan boleh berlaku di negara ini..