Pembedahan PAS? Nak dikatakan bedah rasanya kurang tepat juga kerana tiada 'major' barah atau anggota badan yang sakit terok tetapi apa yang perlu ialah PAS kena 'pause' seketika. Dari satu sudut iaitu sudut gerakan, banyak persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri PAS baik di peringkat tertinggi mahu pun di peringkat cawangan. Bagaimana gerak kerja PAS Negeri Sembilan? Sudahkah hati-hati manusia ditawan dan di hidupkan dengan Al Quran dan Sunnah? Berapa banyak surau-surau yang 'hidup'...Masjid tak mau ceritalah kerana bawah bidang kuasa kerajaan.. dan tengok pada jadual kuliayah..nampak malap lagi..
Berapa peratuskah pengundi Melayu yang sepatutnya dan sewajibnya memilih pemimpin yang berintegriti serta bertaqwa yang merupakan asas dalam pemilihan pemimpin mengundi calon PAS? Kenapa mereka tak mengundi calon PAS? Ini mencerminkan hati-hati mereka belum di ketuk dan nafsu mengatasi iman. Berduyun-duyun malah mengalahkan bilangan jumlah pengundi ahli dan petugas dari PAS, Keadilan & DAP turun membantu tetapi 'ground work' sebenar yang memakan masa yang panjang yang perlu di lakukan sebelum ini kelihatan seperti tidak wujud. Melihat keperibadian sesetengah petugas yang tidak mencerminkan keperibadian PAS juga agak mengusarkan...
Tak mahulah panjang lebar cerita tentang itu cukuplah sekadar mencetus minda...
Manakala kalau difokus dari sudut lain pula, elok juga kalah di Bagan Pinang ni yang mana pesisiran pantainya adalah merupakan 'hot spot' sebenar Port Dickson. Mungkin Allah swt memakbulkan doa PJ Negeri Sembilan dan juga calon yang mungkin berdoa agar menjauhkan diri benda fasya' dan mungkar serta sebarang fitnah dunia. Perkara mungkar yang paling nyata sekali ialah pendedahan aurat yang memanjang dari pantai Bt 4 hinggalah batu 8.'Mat & Minah Salleh' dengan bikininya, Cina sopan sikit, Melayu pun sama juga dengan rambut terburai pakai T-shirt seluar pendek ketat....Itu yang nyata...yang tak nyatanya dan keberangkalian berlaku penzinaan dan seumpamanya serta 'private' party di bilik-bilik hotel...seperti yang pernah terjadi pada seorang pemimpin negara yang di tangkap khalwat tapi di 'cover' oleh orang tertentu..Kalau arak jangan kiralah..setiap hotel (kecuali hotel Malaysia kot)
Kalau menang, maka beban yang di tanggung oleh ADUN PAS nanti sangat merumitkan..nak buat polisi, Pakatan Rakyat bukan majoriti dan memerintah..yang boleh hanya menyuarakan yang mana tak mungkin di terima kerana pandangan di kira kolot dan tidak International...ekonomi pelancongan akan merudum dan sebagainya... Ini akan melahirkan tomahan dan fitnah yang bebannya kepada wakil rakyat PAS dan PAS itu sendiri..suara-suara sumbang seperti "Eh, wakil rakyat DUN ni dari PAS kan?" ,"Ngapa?".."Tak de ler..botol-botol arak bersepah-sepah ni...kata bawa Islam.."
Jadi Allah swt masih sayangkan hambanya dan insyaAllah ada kebaikan disebalik kekalahan itu...wallah huaklam..
Thursday, October 15, 2009
ALLAH MASIH SAYANG
Saturday, September 19, 2009
PERGINYA SEORANG SAHABAT
Hari ini, sehari sebelum kita menyambut 1 Syawal iaitu tanggal 29 Ramadhan, 1430 Hijrah bersamaan 19 September, 2009 jam 3.27 pagi hampir beberapa minit sahaja sebelum ‘alarm’ telefon bimbit saya berbunyi yang di ‘set’kan jam 3.30pagi pagi semasa bulan Ramadhan ini tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon yang tertera nama sahabat karib saya yang kami atau keluarganya memanggil dengan nama Akai. Nama sebenar beliau ialah Mohd. Khairi bin Yassin. Dalam keadaan terkejut itu apa yang terlintas di dalam kepada saya ialah satu perkhabaran kematian yang bakal saya terima kerana panggilan waktu-waktu begini selalunya memang bersangkutan dengan hal-hal sedemikian. “Eh..emak dia meninggal ke ni?” itulah perkara pertama yang terlintas sebelum saya menjawab panggilan tersebut. Apabila saya menjawab panggilan tersebut saya terus terpaku dan tersentak kerana panggian itu datangnya dari abang beliau yang juga sahabat karib saya kerana saya dan keluarga mereka sangat rapat dari kecil lagi. Abang beliau, Ahmad Anis dengan nada yang pilu memberitahu, “Akai dah tak ada lagi....” Secara sepontan air mata saya mengalir kesedihan dan lidah saya terus kelu untuk berkata dan bertanya selanjutnya. Anis seterusnya memberitahu bahawa jenazah allahyarham kini berada di kampong. Telah di takdirkan saya juga berada di kampong pada masa ini kerana akan menyambut 1 Syawal bersama kedua ibu bapa saya.
Baru dua minggu dulu kami sempat berbual melalui telefon dan kami agak lama juga tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan urusan perniagaan. Beliau orang yang pertama memberitahu saya tentang kematian ADUN Bangan Pinang dan bagaimana semangatnya beliau untuk berjuang. Masih ingat lagi kata beliau “Ini kena balik ni, kampong kita ni” dan “Bak nanti aku bawah Ir Nizar berceramah!” demikianlah kata beliau yang ingin melihat DUN Bangan Pinang di rampas dari UMNO dan Barisan Nasional. Bagi saya dia adalah satu manusia yang sukar di cari kerana sikap ramahnya dan Allah swt menganugerahkannya dengan keistimewaan boleh berhubung dan berkomunikasi dengan setiap lapisan masyarakat..satu aset yang membuatkan beliau berjaya dalam perniagaan beliau.
Mendapat perkhabaran akan kematian rakan rapat kita membuatkan kita terus ingat akan giliran kita pula yang mana Allah swt akan mencabut nyawa seseorang itu tanpa lewat sedetik pun. Ingat bahawa setiap seorang dari kita seolah-olah sedang beratur menunggu giliran masing-masing, tiada cepat atau pun lewat yang pasti dan wajibnya setiap orang akan tiba giliran mereka. Dalam saat menunggu giliran ini, apakah kita sudah bersedia? Barisan atau waktu untuk giliran kita setiap detik dan ketika semakin lama semakin pendek. Semalam telah kita tinggalkan dan adakah apa yang kita lalui semalam dapat menjadi bekalan kita dalam menempuh kematian ini? Adakah ianya dapat menjawab persoalan-persoalan kubur yang di ajukan oleh para malaikat? Harta kekayaan yang kita tungkus lumus mengejarnya dan usahakan sebelum ini dapat jadi bekalan? Solat kita, puasa kita, Haji kita, Zakat kita, kebajikan kita adakah sudah memadai? Adakah anak-anak kita telah kita didik sebagai anak yang soleh? Adakah isteri kita telah kita didik untuk menjadi muslimat solehan? Adakah jihad kita terhadap mempertabatkan agama Allah swt sudah kita laksanakan? Ada beribu persoalan lagi yang hanya kita yang dapat menjawabnya...
Akai, saya hanya mampu mendoakan agar Allah swt mengampunkan segala dosa mu serta menempatkan roh mu di dalam golongan roh-roh para orang beriman serta diberikan nikmat syurga oleh Allah swt. Ameen
.........giliran ku pasti akan tiba jua..
Friday, September 4, 2009
Sunday, August 16, 2009
Saturday, August 8, 2009
MENTERI PEMBOHONG!
Zalim!Zalim!HANCUR!,HANCUR!HANCUR ISA! TAKBIR! Begitulah laungan mereka yang berhimpun pada 1 Ogos di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.Hari itu pihak berkuasa dapat mengekang peserta perhimpunan (bukan perusuh)yang menurut pelan asalnya akan berarak dari 3 lokasi utama iaitu SOGO, Masjid Negara dan Masjid Jame' ke Istana. Mungkin ketawa besarlah Tok Hisham dan Tok Musa sambil bertepuk tangan kerana berjaya, kalau geng betul pasti tepuk 'take 5'keduanya.Balacinya ialah rekrut-rekrut dan SB yang menghempuk peserta tanpa peri kemanusiaan. Ada peserta yang ditangkap dihimpit tengkuk dengan kaki di pegang beramai-ramai seolah-olah peserta itu seorang penjenayah besar yang boleh memudaratkan mereka. Teringat juga semasa hari raya qurban apabila 8 hingga 10 orang manusia ingin menumbangkan seekor lembu!
Berpuluh-puluh das tembakan peluru gas pemedih mata ditembak kepada peserta demonstrasi yang tidak bersenjata kecuali senjata semangat dan iman. Bertempiaranlah mereka mencari perlindungan. Tak perlulah bercerita panjang tentang perkara ini cukuplah kita lihat dalam Youtube dan blog-blog lain.
Apa yang ingin di perkatakan disini ialah ekoran dari peristiwa 1 Ogos itu yang perlihatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik bersama Para Peguam Pemuda UMNO ingin 'menangguk di air yang keruh' untuk menjadi 'hero' yang mana secara bersungguh-sungguh 'provoke' peniaga sekitar Jalan Tungku Abdul Rahman dan juga pemandu-pemandu teksi untuk melahirkan kemarahan dan menyatakan betapa ruginya peniaga hari itu sehingga menjangkau RM200juta! Tapi benarkah RM200juta?? Hebat sungguh sang Menteri menganggarkan. Tinggi ilmunya atau 'khasyaf' hingga boleh menganggarkan begitu rupa tanpa lebih dahulu usul periksa. Sesiapa pun boleh kata dia rugi sekian banyak. Kalau selalu untung RM1000 pun akan kata RM5000 atau RM10,000! Lebih hebat lagi, beliau berkata kini pelancong asing telah berkurangan dan takut untuk datang ke Malaysia terutamanya pelancong dari timur tengah. Baru sehari berlaku dah tahu banyak atau merudum pelancong datang! Ialah kalau ia pun 'Penyapu Baru' nak 'impress' Tok Panglima Najib biarlah ada bukti atau fakta yang nyata bukannya melatah tak tentu arah. Nampak sangat mempunyai niat yang tidak baik dan busuk hati! Menteri Pelancongan tak sibuk tapi Menteri Wilayah pulak yang sibuk.
Banyak kemungkinan kenapa pelancong merudum dan yang paling kritikal dan cuba disembunyi oleh pemerintah ialah wabak H1N1 bukan demonstrasi yang hanya sehari itu.Peserta demo tak pernah merusuh kerana perusuh selalunya berbekalkan senjata tetapi yang merusuh ialah FRU sendiri yang lengkap dengan senjata dan membaham peserta yang 'helpless'.
Begitulah kisah seorang Menteri yang dimiliki oleh negara Malaysia di bawah pimpinan Tok Najib. Ialah Menteri lantikan bukan menang pilihanraya...
Labels: Demo 1 Ogos, GMI, ISA, Mansuh ISA, PAS, PKR
Thursday, July 30, 2009
DATO' NOH OMAR & SEMANGAT 1 MALAYSIA
Hari ini terbaca satu artikel mengenai Kedah mahu capai status "Holland of the East" yang akan teruskan agenda pertanian negeri tersebut.Satu hasrat yang murni memandangkan hasil bumi Kedah kurniaan Allah swt adalah sangat memberansangkan. Hasrat murni ini harus di sokong apatah lagi negeri jelapang padi ini adalah negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia tapi sayang kerajaan pusat BN yang melaungkan 1Malaysia hanyalah satu retorik politik murahan UMNO dan Barisan Nasional menidakkan usaha murni ini.Menterinya, Dato' Noh Omar melarang Pegawai Pertanian menyertai aktiviti atau kursus anjuran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat ini.Menteri yang sungguh tidak bertanggungjawab! Mungkin beliau tidak makan padi Kedah...
Apa yang hendak dinyatakan di sini ialah sikap buruk kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO yang pendendam, busuk hati, kianat bangsa dan sudah tentunya tidak mengikut lunas agama Islam. Pemimpin apakah ini? Sebagaimana mereka lakukan di Kelantan maka sama jualah di Kedah.Kalaulah jujur untuk laksana 1 Malaysia maka mengapa dianak tirikan kedua-dua negeri ini. Sekiranya benar memperjuangkan hak Melayu mengapa kedua-dua negeri yang majoritinya orang Melayu diperlaku sedemikian kalau tidak ada rasa kesumat yang begitu tinggi di dalam hati mereka. Celakalah mereka yang bersikap demikian.
Monday, May 18, 2009
UMNO MEMBUAT RAKYAT 'FED UP'!
BUKIT TINGGI, May 16 (Bernama) -- The people in this country will probably reject the leadership of both the Barisan Nasional and the Opposition parties because they are getting fed up with the never-ending political crisis in Perak, Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today.
"In just a few hours, we saw the change of the rightful menteri besar and coming May 18, the court will decide yet again on the issue.
"I was made to understand that right now there are a lot of political talk going on and banners being put up. Whether the objective is genuine or not, it will cause disharmony among the people in Perak.
"The majority of the people are fed up as if we (political parties) have nothing better to do. At the end of the day, they will reject both parties, he told reporters after opening Puteri Umno's Retreat Programme, here today.
Hishammuddin who is also Home Minister said that all quarters should allow the administration process to run smoothly, legally.]
Demikianlah petikan berita dari BERNAMA semalam. Persoalannya siapa yang memulakannya? Siapakah yang memulakan kemelut ini kalau tidak UMNO? Setelah kemelut ini berlarutan kenapa dengan tiba-tiba sahaja Dato' Seri Najib membuka ruang perundingan. Inilah stategi ala Yahudi yang dimainkan oleh UMNO.Orang Yahudi akan mewar-warkan bahawa mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun betul. Ini dibuat hari-hari dengan segala jenis kaedah yang boleh mereka gunapakai. Minda manusia ini (mana yang lemah iman mereka) kalau disogok pagi dan petang setiap hari dengan sesuatu perkara itu walaupun perkara itu tidak betul maka ianya lama-lama akan jadi betul!
Fikirkan, siapa yang mempertahankan demokrasi dan siapa pula yang melacurkan demokrasi. Siapa yang durhaka dan durjana dan siapa yang hormat kepada Sultan. Siapa yang melontar batu sorok tangan kalau bukan UMNO!
Layakkah seorang Menteri Dalam Negeri membiarkan anggota polis bersenjata masuk ke dalam dewan undangan negeri? Mengapa selidiki kalau dah tersuluh dengan terang. Siapa yang biadap mengheret Speaker DUN semacam penjenayah?
Sebenarnya rakyat bukan fed up dengan BN dan Pakatan, rakyat DAH FED UP dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Terima sahajalah hakikatnya wahai Datuk Seri Hishammuddin. Kalau UMNO dan BARISAN NASIONAL ANAK JANTAN, mereka wajib berlawan di gelanggang yang sama rata.Jangan berdolak dalik lagi. PAKATAN Rakyat sedia menanti dan sedia bersabung. Kekalahan (kalau kalah) bagi Pakatan Rakyat adalah perkara yang lumrah tapi siapa sebenarnya yang pengecut? Kalau UMNO jujur dan ikhlas dalam perjuangan maka inilah masanya untuk menentukan. DUN Perak perlu dibubar!
Semuga Allah melindungi orang-orang yang sabar.


