Saturday, March 15, 2008

ZAMAN BERLALU

Percaturan telah dibuat. Kelegaan rakyat mungkin terubat atau mungkin tidak. Walau apa sekali pun kenyataan tetap kenyataan.

Orang Melayu kena bangkit setelah melihat kebangkitan orang Cina dan India. Orang Melayu jangan tidur bagaimana Pak Lah tidur. Zaman menadah telah berakhir, usaha yang gigih perlu di tanam barulah menadah..itu pun kepada yang maha berkuasa. Zaman takut pada orang-orang besar yang kita lantik mewakili kita seharusnya di kikis. Zaman meminta-minta patutnya sudah berakhir. Kita bukan berada di zaman dahulu kala. Masyarakat seluruhnya perlu dibela tak kira bangsa dan agama. Keperibadian tinggi perlu menjadi ukuran bukannya wang ringgit, harta dan kuasa. Pemimpin adalah mereka yang sewajibnya takut kepada yang maha Agong, kuasa yang menetukan segalanya. Pemimpin patut membawa orang yang di pimpinnya ke satu matlamat yang hakiki dan bukan sama-sama meraut keuntungan di atas kapasiti kuasa yang ada pada mereka sehingga meninggalkan golongan masyarakat yang ramai terkapai-kapai.

Semuga apa yang berlaku kini menjadi titik tolak kearah membebaskan Malaysia bumi bertuah ini dari golongan mereka yang gila kuasa dan bongkak. Golongan yang lupa akan kuasa Allah s.w.t. Sanggup melakukan apa sahaja asal mereka menang! Cakap tak serupa bikin.Mewar-warkan Islam Hadhari tetapi diri sendiri tidak seperti mana yang sepatutnya yang dituntut oleh yang Maha berkuasa. Bukankah itu MUNAFIK namanya. Apa, sanggupkah kita dipimpin oleh mereka ini?

GABRA!

Barisan Nasional menjadi gabra! Pak Lah jadi gabra! Samy lagi gabra! Shahrizat pun sama-sama gabra! Khir Toyo...masyaAllah pun turut sama dalam liga Gabra, menyorok entah kemana sehingga ada 'sms' lucu mengenai kehilangannya. Segabra Samy dan Shahrizat, Pak Lah lah yang paling gabra kerana masih lagi memegang tampok pemerintahan negara....jadi kini Pak Lah Ketua Pasukan Gabra. Samy dan Shahrizat dah kaya raya, hidup serba mewah tak perlu risau..take a break and go for a long vacation oversea...

Tak dapat nak dibayangkan apa yang akan berlaku selepas ini..kalau dulu para wakil rakyat Barisan Nasional dengan hati yang senang dan tenang akan masuk ke Dewan Negara dan keluar Dewan sesuka hati mereka sahaja. Ketua Pembangkang yang terpekik terlolong hanya Uncle'Kontraversi' Kit Siang dan beberapa orang lagi hanya ibarat 'anjing menyalak bukit'. Perbahasan serta isu-isu yang dibahaskan kadangkala isu remeh temeh yang hanya layak dibahaskan oleh kanak-kanak sahaja.

Kini pembangkang sekali lagi 'come in full force' dengan Ibrahim Ali, Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz, Tuan Guru Hadi Awang,Dr Mujahid, Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Terasa Kok, Tian Chua, Dr. Lo' Lo', Uncle Lim, Dr Hatta Ramli, Dato' Kamaruddin Jaafar, Salahudin Ayub....dan seterusnya...maka akan gamatlah Dewan nanti!

Kalau dulu ahli-ahli YB dari Barisan Nasional boleh pi main golf...haa sekarang fikir-fikirlah..kecut perut lah jawabnya nak masuk dewan...atau selamba aje kerana memang dah bebal???

Sama-sama kita tunggu!

Saturday, March 1, 2008

JALANRAYA PILIHANRAYA



Lagi seminggu pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum yang ke12, di sana-sini kelihatan jentera-jentera penurap jalan memberikan khidmatnya secara tiba-tiba. Teringat semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu kisah yang sama berulang lagi. Rakyat di sogok secara terang-terang dihadapan mata mereka sendiri dengan pembangunan infrastuktur terutamanya jalanraya setiap kali adanya pilihanraya. Beginikah cara-cara Barisan Nasional mentadbir?

Kisah penurapan jalan ini bukanlah perkara baru. Terdapat dua versi dalam hal ini. Versi pertama ialah jalanraya tidak akan diturap atau sengaja dibiarkan berlopak-lopak sehingga membahayakan penduduk setempat cuma kerana penduduk kawasan atau lokaliti itu adalah dari golongan 'pembangkang'. Lebih menarik lagi sekiranya terdapat sebuah rumah pembangkang yang diapit oleh penyokong kuat Barisan Nasional khususnya UMNO, maka terputus-putuslah jalan yang diturap itu yang mana kedua rumah UMNO tersebut diturap hingga ke halam rumah, tetapi rumah pembangkang tadi dibiarkan berputih mata.

Versi kedua ialah sepertimana yang berlaku sekarang dimana kawasan yang kuat pembangkang akan disogokkan dengan habuan jalanraya 'pilihanraya' dengan harapan memancing undi!

Tidakkah itu satu kezaliman dan itukah yang telah ditanamkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Hendak lagikah kita memilih pemimpin sedemikian rupa? Sekira jawapan anda YA maka samalah anda seperti mereka yang tergolong daripada orang-orang yang zalim. Sesungguhnya nantikan sahajalah laknat Allah swt.