Saturday, March 15, 2008

ZAMAN BERLALU

Percaturan telah dibuat. Kelegaan rakyat mungkin terubat atau mungkin tidak. Walau apa sekali pun kenyataan tetap kenyataan.

Orang Melayu kena bangkit setelah melihat kebangkitan orang Cina dan India. Orang Melayu jangan tidur bagaimana Pak Lah tidur. Zaman menadah telah berakhir, usaha yang gigih perlu di tanam barulah menadah..itu pun kepada yang maha berkuasa. Zaman takut pada orang-orang besar yang kita lantik mewakili kita seharusnya di kikis. Zaman meminta-minta patutnya sudah berakhir. Kita bukan berada di zaman dahulu kala. Masyarakat seluruhnya perlu dibela tak kira bangsa dan agama. Keperibadian tinggi perlu menjadi ukuran bukannya wang ringgit, harta dan kuasa. Pemimpin adalah mereka yang sewajibnya takut kepada yang maha Agong, kuasa yang menetukan segalanya. Pemimpin patut membawa orang yang di pimpinnya ke satu matlamat yang hakiki dan bukan sama-sama meraut keuntungan di atas kapasiti kuasa yang ada pada mereka sehingga meninggalkan golongan masyarakat yang ramai terkapai-kapai.

Semuga apa yang berlaku kini menjadi titik tolak kearah membebaskan Malaysia bumi bertuah ini dari golongan mereka yang gila kuasa dan bongkak. Golongan yang lupa akan kuasa Allah s.w.t. Sanggup melakukan apa sahaja asal mereka menang! Cakap tak serupa bikin.Mewar-warkan Islam Hadhari tetapi diri sendiri tidak seperti mana yang sepatutnya yang dituntut oleh yang Maha berkuasa. Bukankah itu MUNAFIK namanya. Apa, sanggupkah kita dipimpin oleh mereka ini?

No comments: