Monday, August 4, 2008

MENANTI CAHAYA DI UFUK TIMUR ATAU APA?

Alhamdulillah..syukur saya kehadrat Illahi..
Saya kembali setelah sekian lama tidak meloretkan sesuatu dalam blog ini kerana kesibukan dengan kehidupan ini.
Banyak peristiwa telah berlaku yang kita semua tahu sejak kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri dalam PRU12 yang lalu. Kemenangan itu telah membuka satu perpektif baru dalam politik Malaysia. Minda serta pandangan masyarakat kini telah telah berubah. Apakah perubahan pandangan ini akan membawa kepada satu kebaikan atau sebaliknya? Apa yang akan terjadi kepada bangsa Melayu? Adakah kini bangsa Melayu bergolak? Bangsa Melayu yang diwujudkan oleh Allah swt dan di tempatkan di bumi Malaysia ini sepatutnya memikul tanggungjawab serta amanah besar dalam mempertabatkan Islam dengan menjunjung Al Quran dan Sunah sebagai panduan tetapi malang, zaman kegemilangan Islam di Melaka yang menobatan Melaka sebagai sebuah negeri atau negara Islam di nusantara kini telah dinodai oleh orang Melayu sendiri. Malang dan sungguh malang. Kemana arah tuju sekarang. Orang Melayu mesti bangun, menyemak kembali serta merenung kembali apakah tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam dan apakah peranan kita. Hanya Islam yang sebenarnya dapat menyelamatkan bangsa Melayudan bukan Islam Hadari. Ingat! Allah s.w.t berfirman bahawa sekiranya sesuatu bangsa itu gagal untuk memikul amanah yang di berikan maka Dia boleh menukarkan dengan bangsa atau kaum yang lain. Adakah itu yang kita semua nantikan?

Tuesday, April 1, 2008

SELEPAS ITU.....

Sejak hari kemenangan mengejut pada 8 Mac yang lalu, boleh dikatakan setiap hari di merata-rata tempat tak habis-habis menjamu. Majlis kesyukuran yang di adakan mengalahkan Jamuan Hari Raya. Kalau nak di katakankan raya sakan maka inilah dia. Tak dapat nak elak juga kerana perkataan pilihanraya itu sendiri pun ada perkataan 'raya' maka masing-masing gamat merayakannya. Apa yang lebih hebat, yang kalah dalam pilihanraya terutamanya parti pembangkang (opps! di Selangor sekarang parti kerajaan)yang kalah pun mengadakan majlis kesyukuran.

Semalam,di Stadium Malawati,Shah Alam, ribuan pendokong dan penyokong kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya sejak terbinanya stadium tersebut solat berjamaah sempena Malam Kesyukuran dan Munajat Kemenangan.

Apa yang sedikit menghampakan ialah keadaan stadium itu sendiri yang selama ini di selia oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.Stadium yang begitu canggih sepatutnya mempunyai sistem siaraya yang juga canggih tapi malangnya pihak penganjur terpaksa menyewa PA System lain.Kemana perginya sistem PA tersebut yang dengar kabarnya tak pernah di uji terima.

Kita tinggalkan dulu hal tersebut. Kekalahan adalah perkara biasa bagi PAS, PKR dan DAP tetapi kemenangan menyeluruh adalah perkara asing. Apa selepas itu?

Untuk mengisi kemenangan bukanlah satu perkara yang mudah. Masyarakat Malaysia perlu di bentuk minda mereka daripada penjajahan minda selama 50 tahun lebih sejak dari zaman British sehinggalah penjajahan dalaman oleh parti UMNO. Masyarakat perlu di didik dan diberi informasi yang betul tentang pentadbiran Negara atau negeri. Kalau di tanya masyarakat di negara ini, agaknya berapa peratuskah yang tahu apakah itu Dewan Undangan Negeri, apakah itu Dewan Rakyat dan apakah itu Dewan Negara.

Itu tidak termasuk bab-bab lain yang lebih teknikal.Kalau masa pemerintahan Barisan UMNO dahulu, baik parlimen atau Dewan Undangan Negeri banyak meluluskan dasar-dasar dan sebagainya. Di peringkat kementerian dan jabatan pula ada membuat garis panduan dan piawaian yang perlu dipatuhi oleh setiap masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Malangnya polisi atau dasar atau undang-undang yang di buat kadang-kadang dicabuli oleh ahli-ahli politik dan sudah tentunya dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional.

Langkah seterusnya adalah bergantung bukan hanya pada wakil rakyat yang dipilih tetapi untuk terus mengekalkan kemenangan yang mahal harganya ini, rakyat perlu sama-sama membantu dan menyokong apa jua saranan yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.Selagi mana wakil rakyat itu masih dalam landasan yang betul kita perlu menyokongnya. Perlu ingat bahawa di luar sana puak pembangkang akan sentiasa mencari jalan dan menyusun strategi bagi menjatuhkan kerajaan BA sekarang.

Wakil-wakil rakyat pula sewajibnya tidak mendabik dada atas kemenangan yang di terima. Ingat 'Makkal Sakhti'. Rakyat tidak akan teragak-agak menurunkan mereka bila-bila masa.

Ayuh! Mari kita terus mengembeling tenaga dalam usaha mempertabatkan kemenangan ini dengan penuh keinsafan dan jangan lakukan kesilapan seperti mana yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Saturday, March 15, 2008

ZAMAN BERLALU

Percaturan telah dibuat. Kelegaan rakyat mungkin terubat atau mungkin tidak. Walau apa sekali pun kenyataan tetap kenyataan.

Orang Melayu kena bangkit setelah melihat kebangkitan orang Cina dan India. Orang Melayu jangan tidur bagaimana Pak Lah tidur. Zaman menadah telah berakhir, usaha yang gigih perlu di tanam barulah menadah..itu pun kepada yang maha berkuasa. Zaman takut pada orang-orang besar yang kita lantik mewakili kita seharusnya di kikis. Zaman meminta-minta patutnya sudah berakhir. Kita bukan berada di zaman dahulu kala. Masyarakat seluruhnya perlu dibela tak kira bangsa dan agama. Keperibadian tinggi perlu menjadi ukuran bukannya wang ringgit, harta dan kuasa. Pemimpin adalah mereka yang sewajibnya takut kepada yang maha Agong, kuasa yang menetukan segalanya. Pemimpin patut membawa orang yang di pimpinnya ke satu matlamat yang hakiki dan bukan sama-sama meraut keuntungan di atas kapasiti kuasa yang ada pada mereka sehingga meninggalkan golongan masyarakat yang ramai terkapai-kapai.

Semuga apa yang berlaku kini menjadi titik tolak kearah membebaskan Malaysia bumi bertuah ini dari golongan mereka yang gila kuasa dan bongkak. Golongan yang lupa akan kuasa Allah s.w.t. Sanggup melakukan apa sahaja asal mereka menang! Cakap tak serupa bikin.Mewar-warkan Islam Hadhari tetapi diri sendiri tidak seperti mana yang sepatutnya yang dituntut oleh yang Maha berkuasa. Bukankah itu MUNAFIK namanya. Apa, sanggupkah kita dipimpin oleh mereka ini?

GABRA!

Barisan Nasional menjadi gabra! Pak Lah jadi gabra! Samy lagi gabra! Shahrizat pun sama-sama gabra! Khir Toyo...masyaAllah pun turut sama dalam liga Gabra, menyorok entah kemana sehingga ada 'sms' lucu mengenai kehilangannya. Segabra Samy dan Shahrizat, Pak Lah lah yang paling gabra kerana masih lagi memegang tampok pemerintahan negara....jadi kini Pak Lah Ketua Pasukan Gabra. Samy dan Shahrizat dah kaya raya, hidup serba mewah tak perlu risau..take a break and go for a long vacation oversea...

Tak dapat nak dibayangkan apa yang akan berlaku selepas ini..kalau dulu para wakil rakyat Barisan Nasional dengan hati yang senang dan tenang akan masuk ke Dewan Negara dan keluar Dewan sesuka hati mereka sahaja. Ketua Pembangkang yang terpekik terlolong hanya Uncle'Kontraversi' Kit Siang dan beberapa orang lagi hanya ibarat 'anjing menyalak bukit'. Perbahasan serta isu-isu yang dibahaskan kadangkala isu remeh temeh yang hanya layak dibahaskan oleh kanak-kanak sahaja.

Kini pembangkang sekali lagi 'come in full force' dengan Ibrahim Ali, Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz, Tuan Guru Hadi Awang,Dr Mujahid, Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Terasa Kok, Tian Chua, Dr. Lo' Lo', Uncle Lim, Dr Hatta Ramli, Dato' Kamaruddin Jaafar, Salahudin Ayub....dan seterusnya...maka akan gamatlah Dewan nanti!

Kalau dulu ahli-ahli YB dari Barisan Nasional boleh pi main golf...haa sekarang fikir-fikirlah..kecut perut lah jawabnya nak masuk dewan...atau selamba aje kerana memang dah bebal???

Sama-sama kita tunggu!

Saturday, March 1, 2008

JALANRAYA PILIHANRAYA



Lagi seminggu pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum yang ke12, di sana-sini kelihatan jentera-jentera penurap jalan memberikan khidmatnya secara tiba-tiba. Teringat semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu kisah yang sama berulang lagi. Rakyat di sogok secara terang-terang dihadapan mata mereka sendiri dengan pembangunan infrastuktur terutamanya jalanraya setiap kali adanya pilihanraya. Beginikah cara-cara Barisan Nasional mentadbir?

Kisah penurapan jalan ini bukanlah perkara baru. Terdapat dua versi dalam hal ini. Versi pertama ialah jalanraya tidak akan diturap atau sengaja dibiarkan berlopak-lopak sehingga membahayakan penduduk setempat cuma kerana penduduk kawasan atau lokaliti itu adalah dari golongan 'pembangkang'. Lebih menarik lagi sekiranya terdapat sebuah rumah pembangkang yang diapit oleh penyokong kuat Barisan Nasional khususnya UMNO, maka terputus-putuslah jalan yang diturap itu yang mana kedua rumah UMNO tersebut diturap hingga ke halam rumah, tetapi rumah pembangkang tadi dibiarkan berputih mata.

Versi kedua ialah sepertimana yang berlaku sekarang dimana kawasan yang kuat pembangkang akan disogokkan dengan habuan jalanraya 'pilihanraya' dengan harapan memancing undi!

Tidakkah itu satu kezaliman dan itukah yang telah ditanamkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Hendak lagikah kita memilih pemimpin sedemikian rupa? Sekira jawapan anda YA maka samalah anda seperti mereka yang tergolong daripada orang-orang yang zalim. Sesungguhnya nantikan sahajalah laknat Allah swt.

Thursday, February 14, 2008

AKHIRNYA....TERBUBAR JUA

Setelah banyak teka teki dan silat menyilat akhirnya TERbubar jua parlimen. Tekanan dari rakyat akhirnya setinggi mana jua kedudukannya maka ia akan akur jua. Begitulah Perdana Menteri kita. Maka baru dua tiga hari yang lepas telah dapat mimpi dan ilham sebagaimana yang di sebutnya setiap kali diajukan pertanyaan bila akan dia adakan pilihanraya..ilham untuk membubarkan parlimen, mungkin setelah berulang kali solat hajat dan istiqorah.

Persoalannya mengapa berteka-teki dengan rakyat? Adakah beliau lupa bahawa sebagai Perdana Menteri yang melaung-laungkan Islam versi Hadari sepatutnya berteka-teki dengan rakyat dengan menyembunyikan hak rakyat adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Banyak persoalan dalam benak ini bahawa siapa sebenarnya mereka ini? Pemimpin apa kah mereka ini? Apa? Mereka anggap rakyat ini bodoh? Apa? Mereka ingat mereka yang dah lama bertahta di bumi Malaysia boleh buat apa sahaja yang mereka suka? Tuhankah mereka? Memang benarlah teori-teori yang pernah terbaca pada masa lalu bahawa mereka sekarang berada ditahap 'self esteem' yang mana mereka telah berada di'peak' yang berasakan merekalah yang hebat dan mereka boleh buat apa sahaja asalkan dapat mengekalkan kedudukan mereka.

Pernah seorang Menteri berkata bahawa mereka akan memastikan bahawa Barisan Nasional mesti menang dengan apa cara sekali pun dalam Pilihanraya ke12 nanti.Kalau diteliti ucapan tersebut ianya membawa bermaksud bahawa akan buat apa sahaja sama perbuatan mereka itu betul atau salah, HALAL atau HARAM...Sampai begitu sekalikah? Kenyataan sedemikian seolah-olah Menteri berkenaan tidak berpijak dibumi yang nyata demi mempertahankan kedudukkannya. Seolah-olah juga menteri berkenaan lupa akan kewujudan yang Maha Pencipta yakni ALLAH s.w.t. Hebat sangatkah mereka? Fikir-fikirkanlah...

Monday, February 11, 2008

DACING YANG BERAT SEBELAH





Bosan! Itulah perkataan yang dapat diluahkan..tak tahulah...mungkin itu satu cabaran dalam perjuangan. Pemikiran jumud pihak pemerintah atau mereka takut pecah tembelang? Bingong memikirkan samada kita ini hidup dalam sebuah negara demokratik atau sebuah negara komunis! Apa yang paling di kuatiri ialah bala' Allah s.w.t sentiasa dijemput...Lupa dan terus lupa bahawa yang merencana kehidupan ini ialah Allah s.w.t. Ingat! Kemurkaan Nya akan menjahanamkan kita tak kira siapa...Ingat!

Salam Dari Gombak Setia

HILANG SUDAH KASIH SAYANG



Generasi kini dan akan datang? Inilah yang menjadi kebingungan kita pada hari ini. Mana pemimpin negara yang megah melaungkan Islam Hadhari dan modal insan tetapi hakikatnya?Apabila pemimpin hanya bercakap atas dasar tetapi bukan amal maka adakah itu boleh di kategorikan sebagai fasik atau munafik? Hilang sudah rasa kasih sayang antara insan..pergaduhan antara pelajar lelaki adalah perkara biasa tapi kini...........Aduh! Apa nak jadi? Inikah bibit-bibit atau tanda-tanda Allah s.w.t telah sedikit demi sedikit mencabut rasa belas ehsan sesama insan, rasa takut kepada Allah s.w.t dan kasih sayang? Sama-samalah kita renungkan dan ambillah pengajaran serta tindakan mengikut ilmu dan bukan nafsu. Begitulah yang berlaku di sebuah sekolah di negeri Darul Hadari yang dulunya Darul Ehsan...

Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran??

Salam Dari Gombak Setia