Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434.

Tahun Hijriah kembali lagi. Sudah lama sungguh meninggalkan penulisan di blog ini. Kewujudan FB mungkin antara alasan namun apa pun kekangan waktu adalah faktor penyumbang blog tidak dikemaskini sehingga hari ini.

Dalam banyak hal..kelopongan antara pos terakhir hingga hari ini banyak perkara, isu dan permaslahan yang menggambarkan bahawa seolah- olah manusia menjadi kalut dan hilang punca.

Pejam celik, pejam celik, umur kini bertambah pendek kerana tarikh kematian semakin hampir

Persoalannya, apakah aku telah menyiapkan diri untuk mencari bekal yang secukupnya yang mana tiada ukuran yang boleh dilihat prestasi kita samada masih kurang, setengah atau dah hampir penuh.

Sekiranya demikian maka bagaimana kita ingin mengukurnya atau apakah kita tak perlu mengukurnya atau jawapannya hanya akan terlerai apabila kita menghembuskan nafas kita terakhir...

Apa yang boleh disimpulkan ialah  kita perlu terus menerus mengabdikan diri kepada yang Maha Agong yakni Allah swt serta berbuat kebaikan sebanyak mungkin menurut tuntutan syarak...wallahuakhlam