Sunday, May 1, 2011

KREATIVITI SUNTINGAN VIDEO..


Bagaimana teknologi  boleh menipu kita...memudahkan proses fitnah dilakukan masa kini..renung-renungkanlah..

Saturday, April 30, 2011

VIDEO SEX & SUMPAH LAKNAT

Tongang Terbalik! Apabila Agama bukan ditempatkan sebagai Keutamaan No. 1 tetapi 1 Malaysia dijadikan tongak utama. Jangan dok merasa hairan jika Allah swt menurunkan bala' (mmg dah turun pun)...Mana Ketua Agama? Mana Mufti? Kini masyarakat sudah hilang hormatkah pada mereka...Mana Cendekiawan Agama? Mengapa membisu? Mana pemerintah? Mengapa tiada tindakan tetapi membenarkan? Memang kini kita menuju kehancuran! Persiapkan diri kerana manusia durjana memimpin negara membiarkan perilaku yang membelakangkan Agama terus menerus berleluasa tanpa batasannya sehingga ditontonkan perkara aib kepada seluruh negara...Ya Allah..lindungi kami..hati kami kini gementar akan kemurkaan MU..

Monday, March 28, 2011

THEY ARE REALLY SUCK!



Na-uzubillahi min zalik! Tidak takutkah mereka pemimpin-pemimpin UMNO akan bala' Allah swt. Sanggup melakukan apa sahaja agar mereka terus menerus berkuasa dan menindas rakyat. Bangkitlah rakyat..sampai bilakah rakyat di perhambakan oleh puak-puak ini yang tidak meletakkan Allah swt sebagai tuhan mereka dan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai Rasul ikutan mereka! Tidakkah  mereka melihat bertapa bencinya Allah s.w.t terhadap perilaku manusia yang meletakkan dunia di hadapan dan teratas mereka?

Rakyat di perkotak-katikan..rakyat di perbodohkan..rakyat di perhambakan..apakah mereka ingat negara ini hak mereka..hak mak bapak mereka?

Ya Allah, lindungi kami, keluarga kami, saudara-saudara kami,shabat-sahabat kami dari manusia-manusia zalim ini serta lindungi kami dari kemurkaan Mu serta bala' Mu.

Monday, March 7, 2011

KERDAU 6 MAR 2011

Kerdau Oh Kerdau...perjuangan masih jauh dan perjuangan itu perlu melalui liku-liku yang pahit kerana kemenangan hakiki bukan di dunia. Diri perlu diperlengkap bukan sekadar laungan Takbir dan sorakan. Lihat pada diri dan bukan menuding jari. Pengorbanan perlu diuji bukan setakat keringat tetapi airmata dan darah. Apa yang penting perjuangan itu perlu diteruskan. Menentang arus perdana yang memesongkan,melalaikan dan membawa kepada kehancuran adalah satu jihad besar. Keseronokan, keselesaan, penipuan adalah permainan mereka yang meracuni dan telah terpahat dalam kotak pemikiran serta hati sanubari. Bagaimana mungkin U-turn sekelip mata? Sogokan demi sogokan demi sogokan berulang-ulang dan mana mungkin ianya berubah tanpa hidayah?

Ayuh ikhwan, mantapkan diri baik amal mahu pun doa kerana ia adalah senjata perkenannya pertolongan Allah swt.

Kerdau Oh Kerdau...Merlimau pun turut sama..


Thursday, February 24, 2011

"KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Alhamdulillah...Itulah antara kata-kata Bob Lokman

Ar Rahman..Ar Rohim..Sesungguhnya hanya pada Nya kita berpegang teguh dalam perjalanan dan titian dunia ini yang banyak pancaroba. Dalam sedar atau tidak, kita dihanyutkan oleh permaianan syaitan yang mengaburi mata hati kita. Kita sentiasa lalai tapi ruang untuk kita terus bertaubat kepada Allah swt tetap terbuka cuma antara kita hendak atau pun tidak..

Ada cahaya di sebalik kegelapan itu...

Saturday, January 29, 2011

DAP Dah Faham Islam, MCA Masih Kabur Dan Terus Kabur!

"Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama." Inilah petikan dari harakahdaily.net tulisan Ahmad Tajdid.

Ini bermakna UMNO sama sekali GAGAL memberi kefahaman Islam kepada MCA dan orang-orang Cina serta India (MIC). Tapi ini tak dapat nak kata apa-apa kerana UMNO itu sendiri memang parti Melayu yang berteraskan Melayu dan Islam hanya tempelan. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja UMNO cuba nak dahulukan Islam dari Melayu atau ketuanan Melayu dalam slogan yang hanya tinggal slogan. Islam yang yang ditempek pada UMNO itu dipertahankan seolah-olah Islam tu hak Melayu. Bagaimana boleh kalau pemimpin-pemimpinnya sendiri malah Ketua atau Presidennya sendiri tidak mengamalkan hukum Islam yang telah digariskan oleh Allah swt.



Rakyat terutama masyarakat Melayu kini memerlukan pemimpin yang boleh membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat bukan dunia semata-mata. Masyarakat Melayu sejak sedekad yang lalu telah dibuai oleh lunakan pemimpin Melayu dengan memberi keutamaan dalam membangunkan negara secara fizikal dan mencari longgokan harta dengan loba sekali. Jiwa masyarakat Melayu sedikit demi sedikit kekosongan kerana sibuk dengan pencarian harta dunia yang kadang-kadang melampaui batasan syarak!

Kini ombak baru melanda negara...puluhan ribu anak-anak muda yang berarak semasa penamaan calon PAS di PRK Dun Tenang boleh dianggap satu indikator bahawa anak-anak muda yang kini telah mula bebas pemikiran akan membawa arus dan ombak serta lanskap politik yang baru! Kaum Cina yang dahulunya menutup pintu apabila melihat orang PAS lalu dihadapan rumah mereka kini keluar sambil melonjak-lonjak keriangan dan melaungkan sokongan mereka.

Awas pemimpin yang zalim, perubahan akan tetap berlaku. Kalau Zainal Abidin di Tunisia gugur dan kini arus kebangkitan menentang Hosni Mubarak di Mesir telah bermula maka tiada mustahilnya sebarang kemungkinan boleh berlaku di negara ini..