Sejak hari kemenangan mengejut pada 8 Mac yang lalu, boleh dikatakan setiap hari di merata-rata tempat tak habis-habis menjamu. Majlis kesyukuran yang di adakan mengalahkan Jamuan Hari Raya. Kalau nak di katakankan raya sakan maka inilah dia. Tak dapat nak elak juga kerana perkataan pilihanraya itu sendiri pun ada perkataan 'raya' maka masing-masing gamat merayakannya. Apa yang lebih hebat, yang kalah dalam pilihanraya terutamanya parti pembangkang (opps! di Selangor sekarang parti kerajaan)yang kalah pun mengadakan majlis kesyukuran.
Semalam,di Stadium Malawati,Shah Alam, ribuan pendokong dan penyokong kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya sejak terbinanya stadium tersebut solat berjamaah sempena Malam Kesyukuran dan Munajat Kemenangan.
Apa yang sedikit menghampakan ialah keadaan stadium itu sendiri yang selama ini di selia oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.Stadium yang begitu canggih sepatutnya mempunyai sistem siaraya yang juga canggih tapi malangnya pihak penganjur terpaksa menyewa PA System lain.Kemana perginya sistem PA tersebut yang dengar kabarnya tak pernah di uji terima.
Kita tinggalkan dulu hal tersebut. Kekalahan adalah perkara biasa bagi PAS, PKR dan DAP tetapi kemenangan menyeluruh adalah perkara asing. Apa selepas itu?
Untuk mengisi kemenangan bukanlah satu perkara yang mudah. Masyarakat Malaysia perlu di bentuk minda mereka daripada penjajahan minda selama 50 tahun lebih sejak dari zaman British sehinggalah penjajahan dalaman oleh parti UMNO. Masyarakat perlu di didik dan diberi informasi yang betul tentang pentadbiran Negara atau negeri. Kalau di tanya masyarakat di negara ini, agaknya berapa peratuskah yang tahu apakah itu Dewan Undangan Negeri, apakah itu Dewan Rakyat dan apakah itu Dewan Negara.
Itu tidak termasuk bab-bab lain yang lebih teknikal.Kalau masa pemerintahan Barisan UMNO dahulu, baik parlimen atau Dewan Undangan Negeri banyak meluluskan dasar-dasar dan sebagainya. Di peringkat kementerian dan jabatan pula ada membuat garis panduan dan piawaian yang perlu dipatuhi oleh setiap masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Malangnya polisi atau dasar atau undang-undang yang di buat kadang-kadang dicabuli oleh ahli-ahli politik dan sudah tentunya dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional.
Langkah seterusnya adalah bergantung bukan hanya pada wakil rakyat yang dipilih tetapi untuk terus mengekalkan kemenangan yang mahal harganya ini, rakyat perlu sama-sama membantu dan menyokong apa jua saranan yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.Selagi mana wakil rakyat itu masih dalam landasan yang betul kita perlu menyokongnya. Perlu ingat bahawa di luar sana puak pembangkang akan sentiasa mencari jalan dan menyusun strategi bagi menjatuhkan kerajaan BA sekarang.
Wakil-wakil rakyat pula sewajibnya tidak mendabik dada atas kemenangan yang di terima. Ingat 'Makkal Sakhti'. Rakyat tidak akan teragak-agak menurunkan mereka bila-bila masa.
Ayuh! Mari kita terus mengembeling tenaga dalam usaha mempertabatkan kemenangan ini dengan penuh keinsafan dan jangan lakukan kesilapan seperti mana yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment