Saturday, March 1, 2008
JALANRAYA PILIHANRAYA
Lagi seminggu pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum yang ke12, di sana-sini kelihatan jentera-jentera penurap jalan memberikan khidmatnya secara tiba-tiba. Teringat semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu kisah yang sama berulang lagi. Rakyat di sogok secara terang-terang dihadapan mata mereka sendiri dengan pembangunan infrastuktur terutamanya jalanraya setiap kali adanya pilihanraya. Beginikah cara-cara Barisan Nasional mentadbir?
Kisah penurapan jalan ini bukanlah perkara baru. Terdapat dua versi dalam hal ini. Versi pertama ialah jalanraya tidak akan diturap atau sengaja dibiarkan berlopak-lopak sehingga membahayakan penduduk setempat cuma kerana penduduk kawasan atau lokaliti itu adalah dari golongan 'pembangkang'. Lebih menarik lagi sekiranya terdapat sebuah rumah pembangkang yang diapit oleh penyokong kuat Barisan Nasional khususnya UMNO, maka terputus-putuslah jalan yang diturap itu yang mana kedua rumah UMNO tersebut diturap hingga ke halam rumah, tetapi rumah pembangkang tadi dibiarkan berputih mata.
Versi kedua ialah sepertimana yang berlaku sekarang dimana kawasan yang kuat pembangkang akan disogokkan dengan habuan jalanraya 'pilihanraya' dengan harapan memancing undi!
Tidakkah itu satu kezaliman dan itukah yang telah ditanamkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Hendak lagikah kita memilih pemimpin sedemikian rupa? Sekira jawapan anda YA maka samalah anda seperti mereka yang tergolong daripada orang-orang yang zalim. Sesungguhnya nantikan sahajalah laknat Allah swt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment