Saturday, April 18, 2009

ADAB & ATURCARA DALAM IBADAH

Apakah Perkara Yang Wajib Dilakukan Oleh Manusia Dalam Kehidupan Mereka Di Dunia?

Orang-orang yang berakal akan memanafaatkan kehidupan ini dengan peluang yang begitu banyak diberikan oleh ALLAH s.w.t. Peluang-peluang ini adalah peluang yang sangat berharga dan tidak ternilai. Manusia akan berebut-rebut sebarang peluang yang di hampar di muka dunia ini. Sebagai contoh; manusia akan berbuat apa saja sekiranya diberikan peluang perniagaan yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Begitu juga dengan peluang memiliki kekuasaan. Dalam merebut peluang di dunia ini, manusia kadangkala terpaksa tindas menindas, zalim menzalimi dan ada sampai ke tahap yang ektrem iaitu membunuh!

Apakah peluang yang orang berakal akan menafaatkan itu?

Pertama: Peluang untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan.Dalam kata lain, peluang untuk menyatakan yang hak dan menyampaikan apa yang bathil yang dilarang dan di tegah oleh Allah s.w.t. Menyampaikan apa yang Allah s.w.t. sampaikan melalui Al Quran dan NabiNya s.a.w. Peluang menyampaikan perkara-perkara pokok ini adalah merupakan perkara yang wajib kerana peluang tersebut di akhir zaman ini telah banyak di sekat. Ada peluang untuk membela atau mempertahankan hak Allah s.w.t. tapi manusia tidak melakukannya malah melawan secara langsung
atau tidak langsung. Apabila ini berlaku maka terjadilah gejala maksiat kerana punca maksiat adalah kerana manusia gagal untuk mengenal dan apatah lagi mencintai Allah s.w.t. Empat maksiat besar yang dilakukan oleh manusia terhadap penciptanya ialah Syirik kepada Allah s.w.t.,Hawa Nafsu yang tidak terkawal,Kezaliman sesama manusia dan Syahwat seperti zina, hiburan yang melampaui batas dsbnya.

Kedua: Peluang untuk bermuhasabah diri. Sebagai contoh yang paling asas ialah Solat. Setelah beberapa tahun kita solat, adakah kita semak akan kualiti solat kita dan mempertingkatkannya? Adakah solat tadi memberi kesan akan tingkah laku kita atau kita masih melakukan perkara-perkara maksiat? Hal ini perlu kita sama-sama renungkan.

Ketiga:Peluang menziarahi dan pesan memesan sesama manusia. Akhir zaman ini manusia semakin hari semakin bersifat individualistik dan melepaskan pucuk masing-masing. Perkara-perkara haram dan halal bercampur baur.Sesungguhnya tiada keberkatan apbila kita mencampurkan perkara haran dalam kehidupan ini.

Keempat:Peluang menjauhkan perkara yang lazat secara berkala semata-mata untuk meningkatkan darjat serta ketakaruban kita di sisi Allah s.w.t.

Maka marilah kita sama-sama merenung akan peluang-peluang yang ada tersebut dan mengingati diri kita samada kita mengambil manfaat darinya.

Petikan kuliyah subuh Us.Ismail Abas.@11 April,2009

No comments: