Monday, April 13, 2009

Azilah & Sirul Kambing Hitam Siapa?

1. Walaupun saya tak pernah mengenali Azilah & Sirul apatah lagi wanita cantik Mongolia, Altantuya, tetapi hati saya terasa “something” apabila membaca berita tersebut. Digantung sampai mati mandatori di tempat yang akan ditentukan dengan menggunakan tali gantung.

2. Di zaman kini, tiada lagi mayat yang terjelir lidahnya lantaran tali gantung terlalu pendek. Tiada lagi mayat yang terputus kepalanya lantaran tali gantung terlalu panjang. Dengan ilmu moden yang dianugerahkan Allah SWT, pesalah hukuman gantung akan ditimbang berat badannya, lalu tali gantung akan disesuaikan panjang, pendeknya, maka pesalah akan mati dengan “lebih sempurna” iaitu patah tengkuknya dan mati serta-merta.

3. Azilah & Sirul mempunyai peluang untuk merayu dua kali lagi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (terakhir). Saya berpendapat mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang di peringkat rayuan di atas beberapa kelemahan yang berlaku di peringkat mahkamah tinggi.

4. Mereka berdua didapati bersalah dengan keterangan tidak langsung (indirect evidence), keterangan mengikut keadaan (circumstancial evidence). Tiada keterangan langsung dalam perbicaraan tersebut. Di dalam Undang-undang Al-Quran & Al-Sunnah, secara spesifiknya Qisas, mensyaratkan dua saksi lelaki yang adil, jika tiada maka mereka hendaklah dibicarakan mengikut undang-undang ta’zir yang tidak membolehkan mereka dihukum mati.

5. Saya teringat kisah popular Khalifah Ali & baju besinya. Khalifah Ali kehilangan baju perangnya yang diperbuat daripada besi. Kemudian didapati baju perisainya itu berada pada tangan seorang Yahudi. Aduan dibuat kepada Hakim Syuriah. Ali berkata, “Baju besi yang ada pada orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu.” Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; “Bagaimana, Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?”

6. Jawab orang Yahudi itu; “Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku.” Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; “Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan Amirul Mukminin?”

Jawab Ali; “Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri.”

7. Hakim Syuriah berkata; “Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku..” Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; “Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut.”

8. Seperti yang kita tahu, Yahudi itu kemudiannya memeluk Islam kerana kagum dengan keadilan undang-undang Islam. Mungkin kita disebabkan geram, kerana Altantuya dibunuh kejam, akan mengatakan “biar kena gantung, padan muka”. Tetapi Islam tidak mengajar kita sedemikian rupa. Bukti mestilah kukuh. Di dalam undang-undang buatan manusia, ia mestilah beyond reasonable doubt, manakala dalam undang-undang Islam, ia mestilah pada tahap “yakin” iaitu 100%.

9. Lihatlah hadith Aisyah r.a. sebagaimana yang dikeluarkan oleh Al-Termizi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain yang bermaksud, “Hindarkan hukum hudud Allah daripada orang-orang Islam setakat kemampuan kamu. Dan jika kamu menemui jalan keluar bagi orang Islam, maka bukakanlah jalannya. Sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam pengampunan (membebaskan pesalah) ada lebih baik daripada tersilap dalam menjatuhkan hukuman (terhadap orang yang tidak bersalah). (Al-Asybah wa Al-Naza’ir, Al-Suyuti, Dar Ihya’ Al-Kutubi Al-‘Arabiyyah, 136). Moga kita diberi petunjuk oleh Allah bagaimana keadilan sebenar.

Petikan dari: Ahmad JailaniAbdul Ghani
http://www.ustjai.wordpress.com/

2 comments:

Romantic said...

salam kenal, saya dari kalimantan indonesia
kunjungi blog saya

kamal ipoh said...

Salam sejahtera.

kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!

Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato' Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang "tidak berakal". Lihat kat:-

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408

http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/