Sunday, April 5, 2009

Satu Penghinaan Kepada Tun Abdullah!


Gambar dari Pinkturtle

Kini Malaysia akan memasuki satu lagi era pemerintahan yang akan dihasilkan oleh satu pakatan Mentor-Mentee yang hasilnya akan sama-sama kita hadapi sedikit masa lagi! Kemasukan semula Tun Mahathir ke UMNO selepas pelepasan jawatan oleh Tun Abdullah adalah satu tempelakkan yang benar-benar menghina Tun Pak Lah! Ini memperlihatkan sikap buruk yang ada pada pemimpin UMNO.

Senyum lebar mereka! Kini anak didik Tun Mahathir berada ditampuk pemerintahan. Malaysia yang berpegang kepada perlembagaan sekular yang digaris oleh pihak penjajah memang sajak atau layak di terajui oleh pemimpin sebegini yang sanggup melakukan apa jua walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Malaysia akan terus hanyut dengan dasar-dasar sekularnya.

Generasi Melayu masakini yang sepatutnya memikul amanah untuk mempertabatkan agama Islam yang suci dan syumul perlu berwaspada kerana sekiranya gagal untuk memikul amanah tersebut maka generasi akan datang akan menerima akibat yang amat buruk! Apa yang paling buruk ialah Allah s.w.t. menarik semula amanah yang di berikan dan di ganti dengan kaum lain untuk memerintah dan memegamg amanah...

No comments: