"KUBURKAN PPSMI 7 MAC", begitulah tajuk akhbar Harakah keluaran terkini.Inilah antara pergolakkan yang berlaku di negara kita selain dari masalah 'Siapa yang sebenarnya kerajaan Negeri Perak?'
Ternyata dua isu ini tidak dapat di tangani oleh pihak pemerintah Barisan Nasional yang menampakkan kelemahan yang sungguh ketara pemimpin negara. Mereka membisu dan seolah-olah memandang sepi perkara ini. Adakah mereka yang ada sekarang di bawah pimpinan Pak Lah dan tinggal beberapa hari lagi dan akan menyerahkan kepada Najib sudah pasrah?
Dalam hal PPSMI, kita kini berasa sungguh kagum melihat pejuang-pejuang bahasa yang merupakan tokoh-tokoh hebat dalam negara bangun untuk mambantah dengan satu hasrat iaitu untuk menyelamatkan masa depan anak bangsa yang rata-rata ketinggalan dan tak di bela oleh pimpinan sekarang yang kononnya pejuang bangsa.Dato' A Samad Said, Dato' Hassan Ahmad, Dr Shahril Mohamad Zain, Dato' Baha Zain, Prof Emeritus Abdullah Hassan,Prof Emeritus Dato' Nik Safiah Karim dan ramai lagi tokoh-tokoh lain secara terang-terang menyatakan kebimbangan mereka dan geramnya mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional yang memekakkan telinga dalam isu ini.
Kalau dilihat dari perkataan UMNO itu sendiri pun sudah tersasar kerana ianya bukan bahasa melayu yang sepatutnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMB) yang kebanyakkan ahli-ahli tertinggi mereka tidak pun menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan.UMNO seakan lupa akan asal usul mereka. Mereka lupa daratan.Mereka berkobar-kobar di hadapan rakyat tetapi hakikatnya lain pula yang mereka buat! Inilah golongan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Demi menagih simpati masyarakat (kononnya) UMNO sanggup berbuat apa sahaja walaupun sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agama. Apa lagi yang tinggal?
Allah s.w.t menghidupkan manusia ini berbilang bangsa dan bahasa. Lupakah kita bahawa kita ini berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu? Kenapa mempertahankan sangat bahasa penjajah? Lekeh sangatkah orang Melayu dan bahasa Melayu? Mengapa negara lain yang mendokong bahasa mereka maju? Lihat sahaja negera Jepun, Korea, Perancis dan beberapa buah negara lain. Mereka menggunakan bahasa mereka dan siapa ingin belajar dengan mereka, maka terpaksa belajar bahasa mereka.
Entah bilalah agaknya pemimpin negara ini akan bercakap dalam bahasa melayu di persidangan antarabangsa dan persidangan Bangsa-bangsa bersatu. Megah sangatkah agaknya pemimpin kita yang berkulit sawo matang berbahasa Inggeris....
No comments:
Post a Comment