Monday, March 30, 2009
PRK059:SOKONGAN MANTAP!
Tarikh 29 Mac, 2009 merupakan satu lagi lorekkan sejarah bagi Pakatan Rakyat yang menyaksikan akan kejituan pakatan diantara tiga buah iaitu PAS, Keadilan dan DAP. Ianya juga satu sejarah di tanah Taiping yang menjadi saksi setelah 53 tahun Merdeka di mana puluhan ribu rakyat dari segenap pelusuk negara telah turun padang untuk memberikan sokongan kepada Ir. Nizar dari PAS yang akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang.Kehadiran puluh ribuan manusia ini mencerminkan bahawa Pakatan Rakyat dari hari kesehari semakin jitu. Pemimpin seperti Lim Kit Siang, Lim Eng Guan, Govindar, Karpal dan beberapa orang lagi pimpinan dilihat turut serta dalam memberikan sokongan. Lain pula di pihak UMNO dan Barisan Nasional yang rata-rata kebanyakannya dari golongan pemuda-pemudi rempit yang mungkin di upah.
Bak kata orang, pemimpin yang baik adalah mereka yang disegani oleh kawan dan lawan dan mereka yang dilindungi oleh Allah s.w.t. Apa gunanya jadi pemimpin sekiranya dicemuh, di'boo' oleh rakyat! Demikianlah apa yang berlaku apabila pimpinan UMNO datang seperti bakal Timbalan Perdana Menteri TS Mahyudin Yasin yang di'boo'...bayangkanlah...
Masih ingat lagi dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tidak beberapa lama dulu apabila pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri, DS Najib datang di salah sebuah pusat pembuangan undi yang mana beliau di sambut oleh cemuhan sehingga merah muka dan membuatkan beliau berpatah balik mencari jalan lain..
Lain pula kisahnya apabila Mursyidur Am,Tn Guru Nik Aziz datang di mana ianya di sambut dengan laungan Takbir..bahkan ahli-ahli UMNO yang merayu undi dikawasan tersebut diam seribu bahasa dan ada yang menundukkan muka dan tak kurang pula yang menghulurkan tangan untuk bersalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment