Pengantungan Akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)berkuat kuasa serta merta tanpa bicara adalah satu perbuatan Dajjal yang tidak demokratik di dalam sebuah negara yang di sebut sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Siapakah dalang di sebalik pengantungan ini sehingga KDN hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan? Keputusan ini dibuat diambang pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai memperlihatkan seolah-olah kini UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan tersepit apabila terlalu banyak isu serta pembongkaran yang di bentangkan di dalam kedua-dua akhbar tersebut. Perbuatan mereka yang tidak berpandukan rasional di lihat akan menjadi satu senjata yang akan memakan diri mereka.
Begitulah caranya pihak UMNO dan Barisan Nasional memerintah selama ini yang mengambil kesempatan di atas kekuasaan yang ada pada mereka. Apa sahaja yang mereka buat walaupun salah tetap mereka akan buat dan mereka akan menanamkan dalam fikiran masyarakat bahawa apa yang mereka buat itu betul.
Rakyat kini perlu membuka minda dan mengambil tahu akan hal kepimpinan negara supaya generasi akan datang tidak merana di atas sikap leka dan lalai generasi masa kini.Sebagai rakyat, kita mempunyai hak dalam menentukan siapa yang sebenarnya mereka yang layak memimpin. Siapa pemimpin sebenar? Apa kriteria pemimpin yang boleh membawa kita ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat? Siapa pemimpin Agong yang diredhai oleh Allah s.w.t? Adakah pemimpin sekarang berlandaskan pimpinan Rasulullah s.a.w atau jauh sekali?
Persoalan tersebut perlukan jawapan dan untuk menjawab pula memerlukan ilmu serta beramal dengannya. Maka kita sewajibnya menimba ilmu sebanyak mungkin agar segala perhitungan dan timbang tara kita dalam sesuatu perkara terutama dalam pemilihan kepimpinan tidak berlaku kesilapan...hanya ilmu dan amal dapat memandu arah kita ke jalan yang di redhai..
Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan satu ujian kepada rakyat dalam merealisasikan samada mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya atau tidak...
No comments:
Post a Comment