Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Elizabeth Wong menawarkan untuk meletak jawatan exco kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya, bukan sesuatu yang mengejutkan.
"Tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin.
"Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.
"Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat," kata beliau yang juga ketua menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini.
Demikianlah bunyinya kata-kata Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam Malaysiakini.com bulan Februari yang lalu.
Kini beliau di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO dan rayuannya juga telah ditolak.Dalam kata lain, DS Mohd Ali Rustam telah melakukan rasuah atau dalam bahasa UMNO, politik wang. Cuba kita fikirkan secara waras, sekiranya DS mampu melakukan dalam parti, ada tak kemungkinan ia juga berlaku diluar parti...atau UMNO ni kebal? Mungkin dalam UMNO mereka boleh buat apa sahaja dosa dan ianya terlindung walaupun dari Allah s.w.t. Sama juga bak kata setengah ustaz yang pro UMNO apabila diajukan soalan mengenai hukum hudud maka ada yang melenting dan berkata "Asyik-asyik soalan ini! Tak ada soalan lain ke nak tanya?" wal hal hukum itu telah termaktub dalam Al Quran dan penafiannya mengugurkan aqidah!
Dalam pada ianya disahkan melakukan salah laku masih ramai pulak yang menyokong dan memberi kata semangat! Bingung juga melihat telatah manusia yang kadangkala lupa dan taksub kepada pemimpin walaupun pemimpin itu telah membuat satu kesalahan yang di anggap besar. Ini laksana seorang imam yang telah di dapati bersalah melakukan khalwat pada malam harinya tetapi apabila waktu subuh mendatang ianya masih lagi di beri laluan untuk menjadi imam.
Berbalik kepada kisah komen yang diberi oleh DS terhadap Miss Wong,siapa yang lebih tidak bermoral? Adakah Miss Wong sengaja posing berbogel? Adakah Miss Wong berbogel dikhalayak ramai atau di dalam rumahnya sendiri? Sengajakah Miss Wong menghantar gambarnya di internet?
Pemimpin mana yang lebih bermoral dan berakhlak? Inikah dia pemimpin dalam golongan pemimpin Islam Hadari? Kesian,kalau menyokong Islam Hadari, DS lah orang yang pertama sehingga sanggup menghalang rakyat melawat Kelantan tapi apa dah jadi..SIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN? MISS WONG KE ATAU DS MOHD ALI RUSTAM? Fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment