Thursday, November 15, 2007





"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya. Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelanggang sebenar ... lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar ... pilihanraya umum akan datang, kita lawan," kata Khairy berapi-api, dengan penuh bersemangat.

Kemudiannya, pada 9 Nov 2007, bapa mentuanya pula, Abdullah, semasa menggulung perbahasan telah menyebut, "saya pantang dicabar."

"Mereka mencabar undang-undang dan peraturan. Mereka mencabar rakyat kerana rakyat mahu supaya negara ini aman, selamat dan stabil sepanjang masa. Itu yang dicabar dan bukan saya. Tetapi saya kata saya pantang dicabar," tegas Abdullah sambil diberikan tepukan gemuruh oleh perwakilan yang sesetengah mereka mahu nama mereka disenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-12 nanti.

Begitulah kata-kata pemimpin nombor satu negara serta bakal pemimpin (kononnya) yang mereka luahkan dalam perhimpunan mereka.

Sedarkah apa yang mereka katakan atau hanya melepaskan perasaan serta emosi mereka kerana takut takhta mereka tergugat? Siapa kata rakyat tidak inginkan keamanan? Siapa kata rakyat tidak inginkan keselamatan dan siapa kata rakyat tidak inginkan kestabilan? Bodohlah mereka sekiranya mereka beranggapan sedemikian.

Apakah aman, selamat serta stabil yang mereka katakan sekadar tiada huru hara, kacau bilau, rakyat boleh menjalankan aktiviti harian mereka tanpa gangguan? Kalau itulah yang di maksudkan maka terlalu ceteklah pemikiran mereka.


Sunday, October 14, 2007

MELAYU TERUS LAYU?


Aksi jijik pelajar-pelajar lelaki Melayu mencabul pelajar perempuan Melayu secara beramai-ramai adalah bala yang semakin hari semakin banyak kita dengar dan lihat berlaku di negara kita mutakhir ini. Beginilah keadaan masyarakat kita sekarang terutama bangsa Melayu yang semakin hari semakin layu dan hanyut dan mungkin tenggelam di bawa arus kemaksiatan. Persoalannya, apa tanggung jawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah swt? Apakah kita telah menjalankan usaha amal makruf nahi mungkar? Sejauh mana kita serious dalam menegakkan serta mempertabatkan Islam dan berpegang kepada Al Quran & Sunnah. Keadaan sekarang seolah-olah sudah tidak dapat di bendung lagi selagi peraturan dan perlaksanaan undang-undang mengikut apa yang diperintah oleh Allah s.w.t melalui Al Quran dan Sunnah di ketepikan dan hanya mengambil sebahagian yang menepati selera kita sahaja. Kemaksiatan kepada Allah s.w.t yang berleluasa ini hanya akan mengundang bala seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran. Maka marilah kita sama-sama muhasabah diri sejauh mana Islamnya kita.

Apa yang ada lagi pada orang Melayu? Kuasa Ekonomi? Kuasa Politik? Islam?

Tanyalah diri kita sendiri, sudahkah aku ini melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan sebagai seorang mukmin? Menjadi seorang Islam adalah tersangat mudah tetapi menjaga Islam itu sebagaimana yang sepatunya adalah satu tanggung jawab yang sangat besar dan berat. Perlakuan-perlakuan seperti pencabulan tersebut telah mencemarkan Islam dan orang Melayu seperti itulah yang telah mencemarkan Islam. Bagaimana kita hendak menarik bangsa lain memeluk Islam sedangkan kita sendiri tidak berpelakuan seperti yang sepatutnya. Keruntuhan akhlak orang Islam masakini adalah kerana keterbatasan ilmu tentang Islam itu sendiri.

Apa yang paling menghampakan dan menyedihkan ialah ada di kalangan orang Islam itu sendiri yang menghalang perkembangan ilmu Islam yang ingin di kembangkan. Patutkah mereka yang menghalang ini masih di panggil orang Islam atau mungkinkah mereka ini kaum munafikun yang terkandung ciri-cirinya dalam Surah Al Baqarah?

Wahai muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat marilah kita sama-sama bangun berjihad menentang kebatilan dan taughut, selagi mana kita hanya duduk mendiamkan diri selagi itulah maksiat akan terus berleluasa, kita perlu dzahirkan kebencian kita kepada kebatilan, kemaksiatan dan taughut. Ayuh saya mengajak diri saya dan saudara-saudara agar bangun dari lamunan sekiranya kita sayang kepada agama Allah s.w.t.! Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak merubah diri mereka.

Kelemahan kita dan keengganan kita untuk berjihad akan hanya mengundang lebih banyak bala dari Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak akan mungkir akan janji Nya. Tidak mustahil kaum Melayu akan terhapus kerana tidak menjalankan amanah dan tanggung jawab yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. kerana juga terkandung dalam Al Quran bahawa Allah s.w.t berhak menghancurkan sesuatu kaum dan menggantikannya dengan kaum yang lain. Ingatlah! Tudinglah jari pada diri kita sendiri, tak perlu menuding jari kepada orang lain. Rasa-rasanya telah tiba masanya tanpa berlengah-lengah lagi!

Tuesday, October 9, 2007

KAU DATANG & KAU PERGI

Ya Ramadhan! kedatangan mu dinantikan bagi mereka yang inginkan kehadhiran mu dan malam-malam mu penuh dengan kerahmatan. Ya Ramadhan! dalam pada masa yang sama ada juga di kalangan kita yang resah gelisah dengan kehadhiran mu, seperti ular dipalu.
Ramadhan, kaulah satu-satu ibadat yang majoriti masyarakat ku yang memenuhi kehendakmu. Anak-anak kecil sekecil enam tahun di asuh, di didik, di kejutkan untuk bersahur dalam keadaan terkebil-kebil dan terpisat-pisat kerana ibu bapa mereka takut anak-anak mereka akan kelaparan di siang hari. Maka akan diberilah upah anak-anak kecil ini sekiranya mereka berjaya melaksanakan ibadat puasa tersebut dengan 'wang raya' dan sebagainya.
Ramadhan, di waktu yang sama dan dalam kegairahan anak-anak ini seolah-olah 'dipaksa' menjalani ibadat puasa, ada yang terlupa atau pun tak tahu atau pun tak sedar bahawa anak-anak ini memang akan terbiar kelaparan seharian tanpa faedah kerana roh mereka kelaparan kerana tidak diberi makan dengan santapan-santapan rohani yakni solat.
Ramadhan, terlalu cepat kau berlalu dan kini kau diambang pemergian. Ramai yang bergembira dan sedikit sahaja yang akan berduka kerana kuatir ini adalah Ramadhan yang terakhir buatnya. Bertemukah kita lagi?
Ya Rabbi! Ya Allah! Engkau terima ibadat ku, Engkau terimalah taubat ku dan Engkau panjangkan umur ku serta ahli keluargaku termasuk ibu bapa ku, saudara-saudaraku dan juga sahabat-sahabat ku agar dapat kami kembali menemui Ramadhan yang akan datang. Ya Allah! Engkau makbulkan permohonan ku ini ...Ameen

Thursday, July 12, 2007

KEMBALINYA ZAMAN NABI LUT a.s.

Agak lama juga tidak menghasilkan sebarang tulisan kerana kesibukan dalam kehidupan alam ini samada kesibukan dunia mahupun akhirat. Dunia yang semakin tua usia ini semakin hari semakin menuju ke akhirnya dengan perbuatan-perbuatan tangan manusia itu sendiri yang alpa sehinggakan kadangkala tidak nampak yang mereka ini mempunyai tuhan yang Maha Agong yang memandu arah kita. Pilihannya adalah di tangan mereka sendiri. Perbuatan-perbuatan manusia mengundang kemurkaan penciptanya dan hanya masa yang menentukan..Apa yang penting ialah apa tindakan dan peranan kita untuk menjaga diri kita, keluarga kita, jiran kita, masyarakat sekililing kita yang kini berada dalam zaman yang penuh dengan kepincangan..adakah kita juga hanyut sama??? Berikut adalah sebuah artikel untuk sama-sama kita renungkan yang di nukilkan oleh seorang ulama':-
INGATAN ULAMA UNTUK SEMUA
Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian. Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SAW. Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:
“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)
Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210). Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)
Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW yang bermaksud:“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)Begitujuga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)
AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.Firman Allah yang bermaksud:“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36).
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
Firman ALLAH yang bermaksud:“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme. Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.
PENUTUP
Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan. Maka dengan keadaan ini maka kami menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit sosial yang membimbangkan.

Tuesday, May 8, 2007

MEMERDEKAKAN MINDA MELAYU

Berapa lama lagikah agaknya akan merdekanya minda dan jiwa Melayu? Usia kemerdekaan yang menjangkau 50 tahun seolah-olah membayangkan orang Melayu kini menjadi masyarakat yang nyanyok yang tidak ada pendirian apatah lagi pemikiran yang dinamik dalam hal ehwal menentukan arah manakah bangsanya akan tuju. Hendak dikirakan dalam bidang ekonomi, rata-rata ianya dipelopori oleh bangsa Cina. Bidang teknologi juga tak perlu nak mendabik dada. Jadi apabila ekonomi negara itu di kawal oleh bangsa lain maka meloponglah orang Melayu dalam bidang ini. Ahli-ahli koperat yang ditaja oleh pimpinan-pimpinan Melayu segelintirnya hanyalah sekadar untuk memenuhkan kuota penglibatan bumiputera yang dijangkakan memiliki ekuiti 30% bumiputera, namun itu pun gagal di capai.


Dimanakah silapnya? Mat rempit orang Melayu, Penagih orang Melayu, Miskin Tegar pun orang Melayu, yang murtad pun orang Melayu! Melayu terus menerus hilang jati diri! Orang Melayu gagal sebagai Khalifah Allah s.w.t. yang sewajibnya mengangkat Al Quran dan Sunnah Nabi sebagai Perlembagaan Utama dalam pemerintahan. Orang Melayu yang di amanahkan memegang tampuk pemerintahan negara masih berpegang kuat dengan Perlembagaan Load Reid dan bukannya Perlembagaan yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w...jadi fikir-fikirkanlah....

Salam Gombak Setia

Wednesday, May 2, 2007

IJOK DAN HILANGNYA KASIH SAYANG

Maka berakhirlah salah satu episod dalam lipatan sejarah pilihanraya di negara ini dengan kemenangan berpihak kepada partai pemerintah. Tahniah kepada Barisan Nasional atas kemenangan serta dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok walaupun terpaksa berhempas pulas dengan melabur jutaan ringgit wang rakyat. Apa jua pun yang penting adalah kemenangan dan tak kiralah ikut jalan mana pun. Halal dan haram perkara kedua atau mungkin tidak ada dalam sukatan salibus mereka.
Sejarah pilihanraya kali ini memperlihatkan bagaimana beberapa watak dalam episod kali ini yang mencerminkan bahawa bangsa melayu kini semakin lama semakin tidak sealiran lagi. Partai yang menjulang keris sebagai lambang Melayu dengan motto utama memperjuangkan hak dan maruah bangsa Melayu kini telah jauh menyimpang dari asas yang sebenarnya.
Masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam seolah-olah terumbang ambing dalam arus kemodenan serta kebendaan sehingga rasa kasih dan sayang sesama kita yang sangat dianjurkan oleh Islam yang di bawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w semakin hari semakin pupus. Kasih sayang kini terletak pada kebendaan. Ucapan 'Assalamualaikum' yang sepatutnya menjadi amalan orang Islam hanya diucapkan kepada rakan kenalan sahaja. Kata salam tersebut tidak akan terkeluar dari mulut sekiranya ideologi politik berbeza.
Sememangnyalah telah terbukti kalau kita meletakkan agama itu sebagai perkara yang kedua dalam perjuangan dan meletakkan bangsa sebagai tempat utama maka perjuangan kita sedah tentunya tidak akan wujud kasih sayang yang berkekalan. Apabila bangsa dan harta benda di perjuangan maka harta bendalah yang akan diperolehi. Demi untuk memperolehinya maka membujur lalu melintang patahlah jadinya.
Adalah sangat menyayatkan hati dalam usaha mencari kemenangan, bangsa Melayu sanggup membuat perangkap serta serang hendap terhadap petugas yang juga berbangsa Melayu sehingga mencederakan dan dimasukkan ke hospital. Mereka juga mengugut akan membunuh! Apakah yang telah terjadi? Mana dia slogan untuk membela bangsa Melayu? Memang benarlah kata orang, bangsa Melayu sendiri yang akan menghacurkan bangsa mereka sendiri. Siapa yang tersenyum dan ketawa melihat perilaku sebegini?
Mana dia pemimpin agong mereka atau pemimpin mereka yang mengajar mereka kurang ajar sesama bangsa? Siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA? Itukah nilai yang telah diserapkan oleh pemimpin parti memerintah kepada masyarakat terutama sekali pengikut-pengikut mereka?
Apa pun, sepertimana yang telah termaktub, mereka adalah pihak yang dipilih oleh pengundi Ijok dan selamat sejahteralah hendaknya rakyat Ijok untuk hari-hari mendatang, setidak-tidaknya kampong-kampong di Ijok telah mendapat jalan turap yang baru setelah hampir 30 tahun. Masjid dan surau yang usang sudah berseri-seri maka rajin-rajinlah berjamaah serta ikuti kuliah-kuliah agama yang mana ada, semuga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka serta menurunkan hidayah kepada masyrakat Ijok untuk tahun-tahun yang mendatang.

Monday, April 30, 2007

APABILA TEMBELANG RAJA RASUAH & BAPAK SAMSENG PECAH

Pilihanraya Ijok adalah medan pertempuran antara dua sahabat yang telah berpatah arang. Apabila mereka berpecah maka banyaklah tembelang-tembelang yang pecah, maklumlah apabila dua sahabat yang dulunya sama-sama berjuang di atas satu landasan kini tidak sealiran lagi. Namun begitu, teknik, taktik dan strategi masing-masing berada dalam poket masing-masing.

Di atas sebab itulah sahabat yang masih memerintah dan mempunyai kuasa itu berasa gusar sehinggakan keseluruhan anggotanya iaitu dari pucuk pimpinan sehinggalah ke balaci-balacinya turun padang seolah-olah ini adalah pertempuran yang paling besar pernah mereka hadapi. Maruah mereka seolah-olah bergantung seratus peratus kepada pilihanraya kecil ini untuk terus mengangkat ego mereka sehingga ke tahap yang paling ekstrem.

Mereka terus menerus melakukan apa sahaja perkara yang mereka rasakan dapat menawan hati pengundi Ijok. Kata-kata mereka tidak lagi rasional sehingga kadangkala sanggup memutarbelitkan hukum hakam agama. Sebagai contoh dalam membalas isu pemilihan pemimpin menurut Islam, pemimpin mereka bernama Anuar Musa dalam televisyen arus perdana mengatakan bahawa pemilihan pemimpin yang di maksudkan hanyalah Ketua Negara sahaja dan tidak termasuk pemimpin diperingkat Dewan Undangan Negeri. Kalau begitu tak perlulah pilihanraya kecil dan tak perlulah wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri. Buat sahaja pemilihan untuk memilih Ketua Negara atau Perdana Menteri seperti cara demokrasi di Amerika Syarikat.

Walau bagaimana pun Ketua Negara yang ada pun kalau di ikutkan tidaklah memenuhi kriteria-kriteria serta ciri-ciri wali yang di maksudkan dalam Al Quran kerana 'cakap tak serupa bikin' dalam mewar-warkan Islam Hadhari ciptaan beliau yang lebih menjurus kepada retorik bagi mengabui mata rakyat terutama orang Melayu yang kini sedikit demi sedikit telah mula mengalih sokongan mereka kepada parti pembangkang. Begitu juga dengan isu rasuah yang cuba dibenteras oleh Pak Lah, Ketua Negara, bukannya bertambah kurang tetapi bertambah teruk apabila entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja Ijok mendapat peruntukan sebanyak RM36juta. Hanya orang yag bodoh dan dungu sahaja akan termakan gula-gula yang diberikan oleh kuncu Pak Lah. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja semua pembangunan dijalankan secara mendadak. Cakaplah apa sahaja, dah memang peruntukkan tersebut telah dirancang kata mereka namun kenapa tidak diisytihar sebelum ini semasa pembentangan budjet Negeri. Apa pula terjadi pada daerah-daerah lain dalam Selangor. Apa jadi dengan Masjid, Surau dan sebagainya di seluruh Selangor? Adakah mereka juga akan mendapat habuannya sekarang atau tunggu sehingga wakil rakyatnya mati? Jadi bukankah itu rahsuah? Janganlah memperbodoh-bodohkan rakyat demi untuk meraih kemenangan. Sesungguhnya itu adalah satu kezaliman dan sepatutnyalah mereka digelar RAJA RASUAH. Merasuah rakyat supaya mengundi mereka. Ajaran inilah yang diajar kepada masyarakat terutamanya bangsa Melayu.


Di hari penamaan calun pula, adalah memalukan melihat seorang Menteri yang menerajui Kementerian Pelajaran di angkat oleh koncu-koncunya untuk sama-sama melaung-laung kepada pembangkang. Ini mungkin kerana rasa tercabar oleh Naib Ketua Pemuda yang sebelum itu dijujung oleh koncu mereka dan membuat perilaku yang sama. Sebagai seorang Menteri, dalam apa keadaan pun perlulah menjaga keperibadian dan tidak terbawa-bawa oleh perasaan. Kalau begitulah kelakuan seorang Menteri Pelajaran maka tidak hairanlah mengapa budaya samseng kini berluasa di sekolah-sekolah. Adalah amat malang kita mendapat seorang menteri yang sedemikian rupa yang sepatutnya dapat memimpin kearah keperibadian yang mulia tetapi sebaliknya menjadi BAPA SAMSENG!

Tidak habis dengan itu, Naib Ketuanya pula mengumpulkan 'Mat Rempit' dan melanggar undang-undang membuat konvoi tanpa memakai topi keledar. Mana Polis? Ah! Kalau pihak UMNO, BN buat kesalahan terutama yang berpengaruh, tutup sebelah mata sahaja...tetapi kalau pembangkang buat, cepat-cepat kena saman.Malang terus menimpa rakyat diatas sikap pilih kasih ini.Begitulah nasib kita, sekiranya kita masih tidak berhenti untuk berfikir sejenak sampai bila-bilalah kita akan dipimpin oleh manusia sebegini. Selagi kita memikirkan kejayaan hanya diukur dengan ukuran pembangunan fizikal tanpa memikirkan akan perjalanan kita yang sangat jauh ke alam akhirat selagi itulah kita akan berada dalam kancah ini. Selagi itulah kita dalam kemurkaan Allah swt dan tunggulah bala' dari Allah.