Tuesday, October 9, 2007

KAU DATANG & KAU PERGI

Ya Ramadhan! kedatangan mu dinantikan bagi mereka yang inginkan kehadhiran mu dan malam-malam mu penuh dengan kerahmatan. Ya Ramadhan! dalam pada masa yang sama ada juga di kalangan kita yang resah gelisah dengan kehadhiran mu, seperti ular dipalu.
Ramadhan, kaulah satu-satu ibadat yang majoriti masyarakat ku yang memenuhi kehendakmu. Anak-anak kecil sekecil enam tahun di asuh, di didik, di kejutkan untuk bersahur dalam keadaan terkebil-kebil dan terpisat-pisat kerana ibu bapa mereka takut anak-anak mereka akan kelaparan di siang hari. Maka akan diberilah upah anak-anak kecil ini sekiranya mereka berjaya melaksanakan ibadat puasa tersebut dengan 'wang raya' dan sebagainya.
Ramadhan, di waktu yang sama dan dalam kegairahan anak-anak ini seolah-olah 'dipaksa' menjalani ibadat puasa, ada yang terlupa atau pun tak tahu atau pun tak sedar bahawa anak-anak ini memang akan terbiar kelaparan seharian tanpa faedah kerana roh mereka kelaparan kerana tidak diberi makan dengan santapan-santapan rohani yakni solat.
Ramadhan, terlalu cepat kau berlalu dan kini kau diambang pemergian. Ramai yang bergembira dan sedikit sahaja yang akan berduka kerana kuatir ini adalah Ramadhan yang terakhir buatnya. Bertemukah kita lagi?
Ya Rabbi! Ya Allah! Engkau terima ibadat ku, Engkau terimalah taubat ku dan Engkau panjangkan umur ku serta ahli keluargaku termasuk ibu bapa ku, saudara-saudaraku dan juga sahabat-sahabat ku agar dapat kami kembali menemui Ramadhan yang akan datang. Ya Allah! Engkau makbulkan permohonan ku ini ...Ameen

No comments: