Monday, April 30, 2007

APABILA TEMBELANG RAJA RASUAH & BAPAK SAMSENG PECAH

Pilihanraya Ijok adalah medan pertempuran antara dua sahabat yang telah berpatah arang. Apabila mereka berpecah maka banyaklah tembelang-tembelang yang pecah, maklumlah apabila dua sahabat yang dulunya sama-sama berjuang di atas satu landasan kini tidak sealiran lagi. Namun begitu, teknik, taktik dan strategi masing-masing berada dalam poket masing-masing.

Di atas sebab itulah sahabat yang masih memerintah dan mempunyai kuasa itu berasa gusar sehinggakan keseluruhan anggotanya iaitu dari pucuk pimpinan sehinggalah ke balaci-balacinya turun padang seolah-olah ini adalah pertempuran yang paling besar pernah mereka hadapi. Maruah mereka seolah-olah bergantung seratus peratus kepada pilihanraya kecil ini untuk terus mengangkat ego mereka sehingga ke tahap yang paling ekstrem.

Mereka terus menerus melakukan apa sahaja perkara yang mereka rasakan dapat menawan hati pengundi Ijok. Kata-kata mereka tidak lagi rasional sehingga kadangkala sanggup memutarbelitkan hukum hakam agama. Sebagai contoh dalam membalas isu pemilihan pemimpin menurut Islam, pemimpin mereka bernama Anuar Musa dalam televisyen arus perdana mengatakan bahawa pemilihan pemimpin yang di maksudkan hanyalah Ketua Negara sahaja dan tidak termasuk pemimpin diperingkat Dewan Undangan Negeri. Kalau begitu tak perlulah pilihanraya kecil dan tak perlulah wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri. Buat sahaja pemilihan untuk memilih Ketua Negara atau Perdana Menteri seperti cara demokrasi di Amerika Syarikat.

Walau bagaimana pun Ketua Negara yang ada pun kalau di ikutkan tidaklah memenuhi kriteria-kriteria serta ciri-ciri wali yang di maksudkan dalam Al Quran kerana 'cakap tak serupa bikin' dalam mewar-warkan Islam Hadhari ciptaan beliau yang lebih menjurus kepada retorik bagi mengabui mata rakyat terutama orang Melayu yang kini sedikit demi sedikit telah mula mengalih sokongan mereka kepada parti pembangkang. Begitu juga dengan isu rasuah yang cuba dibenteras oleh Pak Lah, Ketua Negara, bukannya bertambah kurang tetapi bertambah teruk apabila entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja Ijok mendapat peruntukan sebanyak RM36juta. Hanya orang yag bodoh dan dungu sahaja akan termakan gula-gula yang diberikan oleh kuncu Pak Lah. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja semua pembangunan dijalankan secara mendadak. Cakaplah apa sahaja, dah memang peruntukkan tersebut telah dirancang kata mereka namun kenapa tidak diisytihar sebelum ini semasa pembentangan budjet Negeri. Apa pula terjadi pada daerah-daerah lain dalam Selangor. Apa jadi dengan Masjid, Surau dan sebagainya di seluruh Selangor? Adakah mereka juga akan mendapat habuannya sekarang atau tunggu sehingga wakil rakyatnya mati? Jadi bukankah itu rahsuah? Janganlah memperbodoh-bodohkan rakyat demi untuk meraih kemenangan. Sesungguhnya itu adalah satu kezaliman dan sepatutnyalah mereka digelar RAJA RASUAH. Merasuah rakyat supaya mengundi mereka. Ajaran inilah yang diajar kepada masyarakat terutamanya bangsa Melayu.


Di hari penamaan calun pula, adalah memalukan melihat seorang Menteri yang menerajui Kementerian Pelajaran di angkat oleh koncu-koncunya untuk sama-sama melaung-laung kepada pembangkang. Ini mungkin kerana rasa tercabar oleh Naib Ketua Pemuda yang sebelum itu dijujung oleh koncu mereka dan membuat perilaku yang sama. Sebagai seorang Menteri, dalam apa keadaan pun perlulah menjaga keperibadian dan tidak terbawa-bawa oleh perasaan. Kalau begitulah kelakuan seorang Menteri Pelajaran maka tidak hairanlah mengapa budaya samseng kini berluasa di sekolah-sekolah. Adalah amat malang kita mendapat seorang menteri yang sedemikian rupa yang sepatutnya dapat memimpin kearah keperibadian yang mulia tetapi sebaliknya menjadi BAPA SAMSENG!

Tidak habis dengan itu, Naib Ketuanya pula mengumpulkan 'Mat Rempit' dan melanggar undang-undang membuat konvoi tanpa memakai topi keledar. Mana Polis? Ah! Kalau pihak UMNO, BN buat kesalahan terutama yang berpengaruh, tutup sebelah mata sahaja...tetapi kalau pembangkang buat, cepat-cepat kena saman.Malang terus menimpa rakyat diatas sikap pilih kasih ini.Begitulah nasib kita, sekiranya kita masih tidak berhenti untuk berfikir sejenak sampai bila-bilalah kita akan dipimpin oleh manusia sebegini. Selagi kita memikirkan kejayaan hanya diukur dengan ukuran pembangunan fizikal tanpa memikirkan akan perjalanan kita yang sangat jauh ke alam akhirat selagi itulah kita akan berada dalam kancah ini. Selagi itulah kita dalam kemurkaan Allah swt dan tunggulah bala' dari Allah.