Saturday, January 29, 2011

DAP Dah Faham Islam, MCA Masih Kabur Dan Terus Kabur!

"Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama." Inilah petikan dari harakahdaily.net tulisan Ahmad Tajdid.

Ini bermakna UMNO sama sekali GAGAL memberi kefahaman Islam kepada MCA dan orang-orang Cina serta India (MIC). Tapi ini tak dapat nak kata apa-apa kerana UMNO itu sendiri memang parti Melayu yang berteraskan Melayu dan Islam hanya tempelan. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja UMNO cuba nak dahulukan Islam dari Melayu atau ketuanan Melayu dalam slogan yang hanya tinggal slogan. Islam yang yang ditempek pada UMNO itu dipertahankan seolah-olah Islam tu hak Melayu. Bagaimana boleh kalau pemimpin-pemimpinnya sendiri malah Ketua atau Presidennya sendiri tidak mengamalkan hukum Islam yang telah digariskan oleh Allah swt.



Rakyat terutama masyarakat Melayu kini memerlukan pemimpin yang boleh membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat bukan dunia semata-mata. Masyarakat Melayu sejak sedekad yang lalu telah dibuai oleh lunakan pemimpin Melayu dengan memberi keutamaan dalam membangunkan negara secara fizikal dan mencari longgokan harta dengan loba sekali. Jiwa masyarakat Melayu sedikit demi sedikit kekosongan kerana sibuk dengan pencarian harta dunia yang kadang-kadang melampaui batasan syarak!

Kini ombak baru melanda negara...puluhan ribu anak-anak muda yang berarak semasa penamaan calon PAS di PRK Dun Tenang boleh dianggap satu indikator bahawa anak-anak muda yang kini telah mula bebas pemikiran akan membawa arus dan ombak serta lanskap politik yang baru! Kaum Cina yang dahulunya menutup pintu apabila melihat orang PAS lalu dihadapan rumah mereka kini keluar sambil melonjak-lonjak keriangan dan melaungkan sokongan mereka.

Awas pemimpin yang zalim, perubahan akan tetap berlaku. Kalau Zainal Abidin di Tunisia gugur dan kini arus kebangkitan menentang Hosni Mubarak di Mesir telah bermula maka tiada mustahilnya sebarang kemungkinan boleh berlaku di negara ini..

Wednesday, June 2, 2010

YAHUDI PEMUTAR BELIT NO.1 DUNIA



Mereka menyerang di kawasan perairan antarabangsa tetapi mereka memutarbelitkan
berita dengan menyatakan bahawa penumpang kapal Mavi Marmara menyerang mereka dengan senjata. Ini adalah teknik dan taktik pihak zionist yang dah lapok, namun ada juga negara yang menggunakan teknik dan taktik ini terhadap rakyat mereka! Fikir-fikirkan lah...

">

Memo Kepada Kedutaan Amerika: Selasa 01 Jun 2010




Bantahan Pencerobohan Tentera Zionist

Memang begitulah fael orang yahudi. Di tambah pula dengan sokongan kuncu-kuncu yang telah dicucuk hidung. Mereka akan terus menerus menghimpin orang Islam.Kuncu-kuncu negara Arab rela melihat saudara-saudara Islam mereka kebuluran dan ditekan setiap hari. Di negara kita pula hubungan dengan puak yahudi oleh pemerintah Barisan Nasional menyuburkan lagi ekonomi mereka dan akan banyak lagi suadara-saudara Islam kita di Palestin akan terbunuh! Pemimpin BN yang buta hati melanggar perintah Allah swt supaya tidak bersekutu dengan Yahudi laknatullah...dalam sedar atau pun tidak iannya mengundang bala Allah swt yang mana dari hari kesehari gejala sosial kian bertambah terutama di kalangan masyarakat Melayu...

Monday, May 31, 2010

UMNO & BN KAKI JUDI!

Tak habis dengan memperjudikan duit rakyat di pilihanraya kecil SIBU yang menyaksikan tumbangnya BN di sana, lesen judi bola pula diluluskan tanpa sebarang perbincangan di parlimen dan yang menyedihkan pengisytiharan kelulusannya oleh menteri melayu yang 'sepatutnya' beragama Islam. Yang akan senyum ke bank ialah tak lain dan tak bukan towkey judi Malaysia yang sangat berpengaruh, Vincent Tan.

Kemana arah tuju pemimpin UMNO & BN nak bawa negara ini sekarang? Sibuk mencanang negara Malaysia negara Islam...tapi ialah Islam pun Islam Hadhari..anything goes!



Rakyat kena bangun! Orang Melayu yang sayangkan agamanya iaitu Islam perlu bangkit! Kalau pemimpin dah tak dapat memimpin rakyatnya kearah kebaikan maka ianya perlu diganti,di tumbangkan kerana kita kuatir kalau kita tak berusaha menumbangkan pemimpin sebegini maka bala Allah swt akan tiba untuk menumbangkan mereka dan ini sangat memedihkan kerana apabila ia tiba maka ianya tak kira siapa......

Monday, May 17, 2010

PM DUA DALAM SATU: JUDI & RASUAH

Memang lama sungguh tak mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Kadang-kadang banyak kecelaruan sana-sini yang membingungkan tetapi ketetapan hak tetap hak dan insyaAllah tidak berganjak. Tapi hari ini dalam kemenangan DAP di pilihanraya kecil Parlimen Sibu dan melihat satu rakaman meloyakan maka jari-jari ini tak boleh bertahan lagi jesteru memicit-micit papan kunyi laptop kerana hati meluap-luap mendengar kata dari seorang Perdana Menteri yang membuat pertaruhan dengan rakyat seolah-olah duit yang diamanahkan kepadanya milik dia dan sesuka hati 'mak bapak' dia untuk bertaruh! Dalam sedar atau tidak sikap buruk Perdana Menteri sangat-sangat menjatuhkan martabatnya dan meloyakan sebagai pemimpin negara. Apakah pembangkang bukan rakyat negara ini dan juga pembayar cukai? Apa senang-senang beliau memperjudikan duit rakyat untuk membeli undi! What the hell is he talking about!



Marilah kita sama-sama memohon dari Allah swt agar tidak di turunkan bala yang dahsyat keatas negara ini dan kalau diturunkan maka pohon agar kita, keluarga kita,saudara-saudara kita serta rakan-rakan seperjuangan yang menegakkan kebenaran dilindungi..kerana tangan-tangan manusia sebegini yang merosakkan!