Tak habis dengan memperjudikan duit rakyat di pilihanraya kecil SIBU yang menyaksikan tumbangnya BN di sana, lesen judi bola pula diluluskan tanpa sebarang perbincangan di parlimen dan yang menyedihkan pengisytiharan kelulusannya oleh menteri melayu yang 'sepatutnya' beragama Islam. Yang akan senyum ke bank ialah tak lain dan tak bukan towkey judi Malaysia yang sangat berpengaruh, Vincent Tan.
Kemana arah tuju pemimpin UMNO & BN nak bawa negara ini sekarang? Sibuk mencanang negara Malaysia negara Islam...tapi ialah Islam pun Islam Hadhari..anything goes!
Rakyat kena bangun! Orang Melayu yang sayangkan agamanya iaitu Islam perlu bangkit! Kalau pemimpin dah tak dapat memimpin rakyatnya kearah kebaikan maka ianya perlu diganti,di tumbangkan kerana kita kuatir kalau kita tak berusaha menumbangkan pemimpin sebegini maka bala Allah swt akan tiba untuk menumbangkan mereka dan ini sangat memedihkan kerana apabila ia tiba maka ianya tak kira siapa......
No comments:
Post a Comment