Memang lama sungguh tak mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Kadang-kadang banyak kecelaruan sana-sini yang membingungkan tetapi ketetapan hak tetap hak dan insyaAllah tidak berganjak. Tapi hari ini dalam kemenangan DAP di pilihanraya kecil Parlimen Sibu dan melihat satu rakaman meloyakan maka jari-jari ini tak boleh bertahan lagi jesteru memicit-micit papan kunyi laptop kerana hati meluap-luap mendengar kata dari seorang Perdana Menteri yang membuat pertaruhan dengan rakyat seolah-olah duit yang diamanahkan kepadanya milik dia dan sesuka hati 'mak bapak' dia untuk bertaruh! Dalam sedar atau tidak sikap buruk Perdana Menteri sangat-sangat menjatuhkan martabatnya dan meloyakan sebagai pemimpin negara. Apakah pembangkang bukan rakyat negara ini dan juga pembayar cukai? Apa senang-senang beliau memperjudikan duit rakyat untuk membeli undi! What the hell is he talking about!
Marilah kita sama-sama memohon dari Allah swt agar tidak di turunkan bala yang dahsyat keatas negara ini dan kalau diturunkan maka pohon agar kita, keluarga kita,saudara-saudara kita serta rakan-rakan seperjuangan yang menegakkan kebenaran dilindungi..kerana tangan-tangan manusia sebegini yang merosakkan!
No comments:
Post a Comment