Wednesday, May 13, 2009

UMNO BACUL! RAKYAT PERAK KENA BANGUN




UMNO sudah tak tentu arah! Anak jantankah atau bacul? Mereka bermimpi dengan mimpi yang ngeri.Mimpi yang kuasa akan hilang. Mimpi Zamry dilelong macam cerita P.Ramlee dan bukan Camry yang dilelong.

Untuk menghalang mimpi menjadi kenyataan(bolehkah kita menghalang mimpi?) mereka bertungkus lumus menggunakan semua kuasa yang ada (maklumlah orang gila kuasa)sehingga tidak memperdulikan etika. Mereka memang muka tak malu..sampai Zamry menyebut agar Pakatan Rakyat menghormati kenyataan Mahkamah Rayuan. Siapa yang hormat siapa. Sikap kurang ajar dan biadap mereka semakin hari semakin terserlah.

Pakatan rakyat harus waspada dalam hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Barisan Nasional khususnya UMNO akan melakukan apa sahaja apabila dia tersepit! Ugut mengugut sehingga ada yang bunuh membunuh kerana jawatan dan kuasa. Yang terkini ialah peristiwa UMNO di Terengganu dan juga dalam parti PPP.

Rakyat Perak perlu bangun dan menyatakan pendirian mereka. Rakyat Perak jangan di perbodoh-bodohkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Lihat saja pemimpin mereka yang kaya raya dalam ketakutan bayang-bayang sendiri. Apa mereka kata..."Sheikh, kalau bubar DUN kalahlah kami!"...Itulah sebenarnya mimpi ngeri mereka..Kalau advantage bersama mereka, tak payah sebut, dulu lagi mereka bubar DUN..

Jadi kesimpulannya adakah mereka (UMNO)ikhlas memperjuangkan bangsa mereka atau hanya sekadar PERUT mereka? Siapa yang sebenarnya memainkan sentimen bangsa kalau bukan UMNO.

No comments: