BUKIT TINGGI, May 16 (Bernama) -- The people in this country will probably reject the leadership of both the Barisan Nasional and the Opposition parties because they are getting fed up with the never-ending political crisis in Perak, Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today.
"In just a few hours, we saw the change of the rightful menteri besar and coming May 18, the court will decide yet again on the issue.
"I was made to understand that right now there are a lot of political talk going on and banners being put up. Whether the objective is genuine or not, it will cause disharmony among the people in Perak.
"The majority of the people are fed up as if we (political parties) have nothing better to do. At the end of the day, they will reject both parties, he told reporters after opening Puteri Umno's Retreat Programme, here today.
Hishammuddin who is also Home Minister said that all quarters should allow the administration process to run smoothly, legally.]
Demikianlah petikan berita dari BERNAMA semalam. Persoalannya siapa yang memulakannya? Siapakah yang memulakan kemelut ini kalau tidak UMNO? Setelah kemelut ini berlarutan kenapa dengan tiba-tiba sahaja Dato' Seri Najib membuka ruang perundingan. Inilah stategi ala Yahudi yang dimainkan oleh UMNO.Orang Yahudi akan mewar-warkan bahawa mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun betul. Ini dibuat hari-hari dengan segala jenis kaedah yang boleh mereka gunapakai. Minda manusia ini (mana yang lemah iman mereka) kalau disogok pagi dan petang setiap hari dengan sesuatu perkara itu walaupun perkara itu tidak betul maka ianya lama-lama akan jadi betul!
Fikirkan, siapa yang mempertahankan demokrasi dan siapa pula yang melacurkan demokrasi. Siapa yang durhaka dan durjana dan siapa yang hormat kepada Sultan. Siapa yang melontar batu sorok tangan kalau bukan UMNO!
Layakkah seorang Menteri Dalam Negeri membiarkan anggota polis bersenjata masuk ke dalam dewan undangan negeri? Mengapa selidiki kalau dah tersuluh dengan terang. Siapa yang biadap mengheret Speaker DUN semacam penjenayah?
Sebenarnya rakyat bukan fed up dengan BN dan Pakatan, rakyat DAH FED UP dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Terima sahajalah hakikatnya wahai Datuk Seri Hishammuddin. Kalau UMNO dan BARISAN NASIONAL ANAK JANTAN, mereka wajib berlawan di gelanggang yang sama rata.Jangan berdolak dalik lagi. PAKATAN Rakyat sedia menanti dan sedia bersabung. Kekalahan (kalau kalah) bagi Pakatan Rakyat adalah perkara yang lumrah tapi siapa sebenarnya yang pengecut? Kalau UMNO jujur dan ikhlas dalam perjuangan maka inilah masanya untuk menentukan. DUN Perak perlu dibubar!
Semuga Allah melindungi orang-orang yang sabar.
Monday, May 18, 2009
Wednesday, May 13, 2009
UMNO BACUL! RAKYAT PERAK KENA BANGUN
UMNO sudah tak tentu arah! Anak jantankah atau bacul? Mereka bermimpi dengan mimpi yang ngeri.Mimpi yang kuasa akan hilang. Mimpi Zamry dilelong macam cerita P.Ramlee dan bukan Camry yang dilelong.
Untuk menghalang mimpi menjadi kenyataan(bolehkah kita menghalang mimpi?) mereka bertungkus lumus menggunakan semua kuasa yang ada (maklumlah orang gila kuasa)sehingga tidak memperdulikan etika. Mereka memang muka tak malu..sampai Zamry menyebut agar Pakatan Rakyat menghormati kenyataan Mahkamah Rayuan. Siapa yang hormat siapa. Sikap kurang ajar dan biadap mereka semakin hari semakin terserlah.
Pakatan rakyat harus waspada dalam hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Barisan Nasional khususnya UMNO akan melakukan apa sahaja apabila dia tersepit! Ugut mengugut sehingga ada yang bunuh membunuh kerana jawatan dan kuasa. Yang terkini ialah peristiwa UMNO di Terengganu dan juga dalam parti PPP.
Rakyat Perak perlu bangun dan menyatakan pendirian mereka. Rakyat Perak jangan di perbodoh-bodohkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Lihat saja pemimpin mereka yang kaya raya dalam ketakutan bayang-bayang sendiri. Apa mereka kata..."Sheikh, kalau bubar DUN kalahlah kami!"...Itulah sebenarnya mimpi ngeri mereka..Kalau advantage bersama mereka, tak payah sebut, dulu lagi mereka bubar DUN..
Jadi kesimpulannya adakah mereka (UMNO)ikhlas memperjuangkan bangsa mereka atau hanya sekadar PERUT mereka? Siapa yang sebenarnya memainkan sentimen bangsa kalau bukan UMNO.
Tuesday, May 12, 2009
Monday, May 11, 2009
IR NIZAR Menteri Besar SAH!
Ir Nizar Jamaluddin telah disahkan sebagai Menteri Besar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.Keputusan yang di sambut dengan laungan takbir oleh penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa rampasan kuasa oleh Barisan Nasional adalah satu perkara yang amat memalukan.
Kerajaan haram Barisan Nasional selama berkuasa juga menunjukkan sikap rakus dan gangterism dengan mengusir Speaker DUN keluar. Speaker haram mereka mengangkat tangan seperti seorang pengusti yang menang dalam perlawanannya. Sungguh memalukan dan tidak beretika langsung.
Kini bola berada di kaki Ir Nizar dan Pakatan Rakyat....lihat apa yang seterusnya akan terjadi...
Subscribe to:
Posts (Atom)