Monday, March 28, 2011
THEY ARE REALLY SUCK!
Na-uzubillahi min zalik! Tidak takutkah mereka pemimpin-pemimpin UMNO akan bala' Allah swt. Sanggup melakukan apa sahaja agar mereka terus menerus berkuasa dan menindas rakyat. Bangkitlah rakyat..sampai bilakah rakyat di perhambakan oleh puak-puak ini yang tidak meletakkan Allah swt sebagai tuhan mereka dan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai Rasul ikutan mereka! Tidakkah mereka melihat bertapa bencinya Allah s.w.t terhadap perilaku manusia yang meletakkan dunia di hadapan dan teratas mereka?
Rakyat di perkotak-katikan..rakyat di perbodohkan..rakyat di perhambakan..apakah mereka ingat negara ini hak mereka..hak mak bapak mereka?
Ya Allah, lindungi kami, keluarga kami, saudara-saudara kami,shabat-sahabat kami dari manusia-manusia zalim ini serta lindungi kami dari kemurkaan Mu serta bala' Mu.
Wednesday, March 23, 2011
Monday, March 7, 2011
KERDAU 6 MAR 2011
Kerdau Oh Kerdau...perjuangan masih jauh dan perjuangan itu perlu melalui liku-liku yang pahit kerana kemenangan hakiki bukan di dunia. Diri perlu diperlengkap bukan sekadar laungan Takbir dan sorakan. Lihat pada diri dan bukan menuding jari. Pengorbanan perlu diuji bukan setakat keringat tetapi airmata dan darah. Apa yang penting perjuangan itu perlu diteruskan. Menentang arus perdana yang memesongkan,melalaikan dan membawa kepada kehancuran adalah satu jihad besar. Keseronokan, keselesaan, penipuan adalah permainan mereka yang meracuni dan telah terpahat dalam kotak pemikiran serta hati sanubari. Bagaimana mungkin U-turn sekelip mata? Sogokan demi sogokan demi sogokan berulang-ulang dan mana mungkin ianya berubah tanpa hidayah?
Ayuh ikhwan, mantapkan diri baik amal mahu pun doa kerana ia adalah senjata perkenannya pertolongan Allah swt.
Kerdau Oh Kerdau...Merlimau pun turut sama..
Ayuh ikhwan, mantapkan diri baik amal mahu pun doa kerana ia adalah senjata perkenannya pertolongan Allah swt.
Kerdau Oh Kerdau...Merlimau pun turut sama..
Subscribe to:
Posts (Atom)