Bersoraklah mereka! Bergembiralah mereka! Pelan menawan Perak telah berjaya.'Tahniah' kerana dapat merampas semula. "See Tajul, this is the way. To deal with these people, you cannot be soft hearted".Memang bijaklah percaturan mereka kononnya kerana terbukti berjaya. Maka si Tajul pun tersengih macam kerang..Lepas jawatan Bendahara Negeri kerana bersikap lembut, tak mengerti politik..maka masuklah Bendahara Najib serta hulubalangnya,Laksamana Zahid...mengajar si Tajul cara untuk menewaskan musuh...ambil kesempatan terhadap dua tiga orang wakil rakyat 'haprak' yang tak layak langgung jadi wakil rakyat!
Walau bagaimana pun rampasan kuasa hanya dilihat dalam bentuk tiga penjuru,iaitu Pakatan Rakyat, Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO dan Sultan. Dimana Demokrasi? Rakyat akan terus dihidangkan dengan polimik politik kotor yang dibawa oleh parti memerintah. Rakyat akan rasa jelek! Apabila rakyat dah jelek maka sama-samalah kita lihat akan akibatnya!
Friday, February 6, 2009
Thursday, February 5, 2009
DI TANGAN SULTAN ATAU RAKYAT? Sanggupkah Rakyak Di Perbodoh?
Siapakah yang boleh di gelar pemimpin? Apakah kriteria untuk menjadi pemimpin? Adakah mereka yang hendak memimpin mempunyai keperibadian yang berlandaskan keperibadian Rasulullah s.a.w. atau sebaliknya? Fahamkah rakyat yang perlu di pimpin bahawa kesilapan memilih pemimpin akan membawa mereka ke jurang kecelakaan duniawi dan ukhrawi?
Rakyat perlu bangkit! Bangkit untuk menentang kebathilan! Bangkit untuk menuntut hak kebenaran! Jangan di perbodoh-bodohkan oleh manusia-manusia rakus yang kini tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Rakyat mesti bijak! Untuk manjadi bijak, rakyat perlu kembali menyemak Al Quran dan Hadith! Memahami secara terperinci akan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Rakyat berlu bangun dari tidur dan khayalan dan punyai matlamat hidup di dunia dan hari kemudian!
Tidak jelas lagikah rakyat akan apa yang berlaku sekarang zaman ini akibat kesilapan memilih pemimpin? Lihatlah bertapa rosaknya sistem masyarakat masakini. Rasa kasih sayang dan hormat menghormati telah dicabut, rasa malu membuat maksiat juga telah di cabut bahkan bangga pula mereka melakukan maksiat. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencabar Allah s.w.t.
Kemelut politik tanah air kini perlu direnungi bersama. Perak kini menjadi tumpuan seluruh rakyat negara. Kes lompat melompat macam ahli-ahli politik tersebut memperlihatkan keperibadian yang cukup rendah dan tak layak memimpin dan yang paling teruk sekali ADUN Bota,Dato' Nasaruddin Hashim. Rakyat sepatutnya menolak ADUN sebegini yang bermuka-muka,terpulanglah kepada rakyat.Sekiranya rakyat masih lagi menerima ADUN sebegini maka dirasakan rakyat pun samalah perangai dan tabiat sepertinya.
Rakyat juga perlu prihatin bahawa dua ADUN dari PKR yang kini dituduh rasuah walaupun di dapati tidak bersalah nanti akan tetap kehilangan wibawa sebagai pemimpin.
Apa pun, apa yang berlaku sekarang nampak seolah-olah ada percaturan yang di lakukan oleh orang-orang tertentu demi survival politik dan kuasa. Kesungguhan untuk merampas kembali Dewan Undangan Negeri Perak memperlihatkan satu agenda untuk memulihkan kredibiliti pemimpin UMNO,Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah kecundang di dua pilihanraya kecil yang di adakan iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terngganu.
Kalau Semangat September 16 yang di war-warkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di cemuh oleh ahli Barisan Nasional terutamanya UMNO kini perkara yang sama di lakukan pula oleh pihak UMNO ke atas DUN Perak. Kalau Mohamad Nizar membuat kesilapan kerana mengumumkan pembubaran Dewan Undangan tanpa perkenan DYMM Sultan kiranya boleh juga di maafkan kerana pengalaman memerintah tak sampai setahun tetapi kalau Najib mengumumkan pengambil alihan tanpa restu DYMM Sultan itu rasanya tidak wajar bagi seorang yang telah berpuluh-puluh tahun dalam pemerintahan.
Rakyat, lihatlah gelagat pemimpin kamu. Kamulah yang menentukankannya. Kalau beginilah caranya permainan politik UMNO dan Barisan Nasional dan rakyat pula mengiakan, maka tunggulah bala dari yang maha kuasa.
Rakyat, janganlah kita diperbudak-budakkan dan di perbodoh-bodohkan oleh mereka. Sekali lagi, bangkitlah! Bermunajatlh kepada Allah s.w.t agar DIA memberi petunjuk yang mana hak dan yang mana bathil. Bukan untul siapa, tetapi untuk kita.....

Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)