Thursday, November 15, 2007





"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya. Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelanggang sebenar ... lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar ... pilihanraya umum akan datang, kita lawan," kata Khairy berapi-api, dengan penuh bersemangat.

Kemudiannya, pada 9 Nov 2007, bapa mentuanya pula, Abdullah, semasa menggulung perbahasan telah menyebut, "saya pantang dicabar."

"Mereka mencabar undang-undang dan peraturan. Mereka mencabar rakyat kerana rakyat mahu supaya negara ini aman, selamat dan stabil sepanjang masa. Itu yang dicabar dan bukan saya. Tetapi saya kata saya pantang dicabar," tegas Abdullah sambil diberikan tepukan gemuruh oleh perwakilan yang sesetengah mereka mahu nama mereka disenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-12 nanti.

Begitulah kata-kata pemimpin nombor satu negara serta bakal pemimpin (kononnya) yang mereka luahkan dalam perhimpunan mereka.

Sedarkah apa yang mereka katakan atau hanya melepaskan perasaan serta emosi mereka kerana takut takhta mereka tergugat? Siapa kata rakyat tidak inginkan keamanan? Siapa kata rakyat tidak inginkan keselamatan dan siapa kata rakyat tidak inginkan kestabilan? Bodohlah mereka sekiranya mereka beranggapan sedemikian.

Apakah aman, selamat serta stabil yang mereka katakan sekadar tiada huru hara, kacau bilau, rakyat boleh menjalankan aktiviti harian mereka tanpa gangguan? Kalau itulah yang di maksudkan maka terlalu ceteklah pemikiran mereka.