Tuesday, May 8, 2007

MEMERDEKAKAN MINDA MELAYU

Berapa lama lagikah agaknya akan merdekanya minda dan jiwa Melayu? Usia kemerdekaan yang menjangkau 50 tahun seolah-olah membayangkan orang Melayu kini menjadi masyarakat yang nyanyok yang tidak ada pendirian apatah lagi pemikiran yang dinamik dalam hal ehwal menentukan arah manakah bangsanya akan tuju. Hendak dikirakan dalam bidang ekonomi, rata-rata ianya dipelopori oleh bangsa Cina. Bidang teknologi juga tak perlu nak mendabik dada. Jadi apabila ekonomi negara itu di kawal oleh bangsa lain maka meloponglah orang Melayu dalam bidang ini. Ahli-ahli koperat yang ditaja oleh pimpinan-pimpinan Melayu segelintirnya hanyalah sekadar untuk memenuhkan kuota penglibatan bumiputera yang dijangkakan memiliki ekuiti 30% bumiputera, namun itu pun gagal di capai.


Dimanakah silapnya? Mat rempit orang Melayu, Penagih orang Melayu, Miskin Tegar pun orang Melayu, yang murtad pun orang Melayu! Melayu terus menerus hilang jati diri! Orang Melayu gagal sebagai Khalifah Allah s.w.t. yang sewajibnya mengangkat Al Quran dan Sunnah Nabi sebagai Perlembagaan Utama dalam pemerintahan. Orang Melayu yang di amanahkan memegang tampuk pemerintahan negara masih berpegang kuat dengan Perlembagaan Load Reid dan bukannya Perlembagaan yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w...jadi fikir-fikirkanlah....

Salam Gombak Setia

Wednesday, May 2, 2007

IJOK DAN HILANGNYA KASIH SAYANG

Maka berakhirlah salah satu episod dalam lipatan sejarah pilihanraya di negara ini dengan kemenangan berpihak kepada partai pemerintah. Tahniah kepada Barisan Nasional atas kemenangan serta dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok walaupun terpaksa berhempas pulas dengan melabur jutaan ringgit wang rakyat. Apa jua pun yang penting adalah kemenangan dan tak kiralah ikut jalan mana pun. Halal dan haram perkara kedua atau mungkin tidak ada dalam sukatan salibus mereka.
Sejarah pilihanraya kali ini memperlihatkan bagaimana beberapa watak dalam episod kali ini yang mencerminkan bahawa bangsa melayu kini semakin lama semakin tidak sealiran lagi. Partai yang menjulang keris sebagai lambang Melayu dengan motto utama memperjuangkan hak dan maruah bangsa Melayu kini telah jauh menyimpang dari asas yang sebenarnya.
Masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam seolah-olah terumbang ambing dalam arus kemodenan serta kebendaan sehingga rasa kasih dan sayang sesama kita yang sangat dianjurkan oleh Islam yang di bawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w semakin hari semakin pupus. Kasih sayang kini terletak pada kebendaan. Ucapan 'Assalamualaikum' yang sepatutnya menjadi amalan orang Islam hanya diucapkan kepada rakan kenalan sahaja. Kata salam tersebut tidak akan terkeluar dari mulut sekiranya ideologi politik berbeza.
Sememangnyalah telah terbukti kalau kita meletakkan agama itu sebagai perkara yang kedua dalam perjuangan dan meletakkan bangsa sebagai tempat utama maka perjuangan kita sedah tentunya tidak akan wujud kasih sayang yang berkekalan. Apabila bangsa dan harta benda di perjuangan maka harta bendalah yang akan diperolehi. Demi untuk memperolehinya maka membujur lalu melintang patahlah jadinya.
Adalah sangat menyayatkan hati dalam usaha mencari kemenangan, bangsa Melayu sanggup membuat perangkap serta serang hendap terhadap petugas yang juga berbangsa Melayu sehingga mencederakan dan dimasukkan ke hospital. Mereka juga mengugut akan membunuh! Apakah yang telah terjadi? Mana dia slogan untuk membela bangsa Melayu? Memang benarlah kata orang, bangsa Melayu sendiri yang akan menghacurkan bangsa mereka sendiri. Siapa yang tersenyum dan ketawa melihat perilaku sebegini?
Mana dia pemimpin agong mereka atau pemimpin mereka yang mengajar mereka kurang ajar sesama bangsa? Siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA? Itukah nilai yang telah diserapkan oleh pemimpin parti memerintah kepada masyarakat terutama sekali pengikut-pengikut mereka?
Apa pun, sepertimana yang telah termaktub, mereka adalah pihak yang dipilih oleh pengundi Ijok dan selamat sejahteralah hendaknya rakyat Ijok untuk hari-hari mendatang, setidak-tidaknya kampong-kampong di Ijok telah mendapat jalan turap yang baru setelah hampir 30 tahun. Masjid dan surau yang usang sudah berseri-seri maka rajin-rajinlah berjamaah serta ikuti kuliah-kuliah agama yang mana ada, semuga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka serta menurunkan hidayah kepada masyrakat Ijok untuk tahun-tahun yang mendatang.