Agak malang bagi kita dan terutama generasi akan datang kerana pemimpin sekarang gagal mempertabatkan bahasa ibunda yang Allah s.w.t. anugerahkan. Pasukan Unit Simpanan polis seolah-olah berpesta dengan tembakkan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Tiada langsung di lihat dari riak wajah mereka perasaan berdukacita kerana terpaksa melakukannya malahan apa yang digambarkan dari wajah mereka ialah kepuasan dan rasa gembira kerana dapat mengekang perarakan beribu-ribu rakyat. Dimanakah letaknya hati mereka? Tidak ada langsungkah sehingga di perkarangan rumah Allah s.w.t (Masjid Negara) pun mereka sanggup melepaskan pancutan air kimia.
Gambar ihsan www.tvantara.com
Pengalaman ini akan turut terabadi di dalam diri sasterawan negara Dato' Hj. A, Samad Said yang sama-sama dengan rakyat bangun untuk mempertabatkan bahasa ibunda, bahasa melayu.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dah rosakkan Kesultanan, kemudian Agama dan kini ia merosakkan Bahasa pula.Dalam erti kata lain apa lagi yang boleh di harapkan dari mereka?
No comments:
Post a Comment